Rabu, 17 Februari 2021

CARA ATASI LOW SELF ESTEEM ATAU KURANG KEYAKINAN DIRI



Dulu kan, saya pun pernah melalui fasa membandingkan hidup dengan orang lain.

Lagi-lagi dengan Social Media sekarang ni, manusia bebas berkongsi apa yang nak dikongsi. Lagi la mencabar nak betulkan minda sendiri jangan bandingkan hidup dengan orang lain.

"Wah bestnya life dia. Life aku tak macam tu pun"

"Bestnya dia ada bla bla. Aku takde pun"

Punyalah tak sedar saya build SELF PITY dalam diri sejak sekian lama. And kesan dia ? Saya rasa hidup saya kurang T_T Saya sangat low self confidence. Tak bersyukur dengan apa yang ada. Rasa dunia ini tidak adil.

Then saya tersedar, Allah ciptakan manusia ini untuk kita saling BERKENALAN. Bukan saling membandingkan hidup siapa lagi hebat, siapa lagi kurang. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Contohnya kenalan kita tu ada kelebihan dari sudut pandai berenang. Instead of saya kata :'pandai giler dia berenang, aku tak pandai pun"

Tapi saya shift kepada mindset :'Oh dia memang power berenang. Aku pulak power meemaak"

Ha kan tenang hidup macam tu. Tak sempat nak rasa diri kurang. Masing-masing fokus kepada kekuatan tersendiri.

Saya start TAKE CHARGE MY OWN LIFE. Dari meratap pasal diri yang kurang itu ini, saya decide untuk EMPOWER MYSELF dengan cuba aktiviti-aktiviti baru. Cuba hobi baru. Berkenalan dengan orang baru. Belajar benda baru.

Dan slowly my perspective change. I feel more comfortable with myself. Jadik berani untuk jadik diri sendiri. Taknak jadik orang lain dah.

So my point here is, ubah mentality dari : "aku kurang, aku takde pape" kepada : "oke, aku memang tak tahu. So aku akan explore".

Don't build SELF PITY in your life. It doesn't make you feel good. Try benda baru. Belajar mengaji ke, melukis ke, memasak ke. Tak kesah. Create your own world. Cari activity yang bermanfaat untuk empower diri kita dan family kita. May Allah guide us.


ANTARA BACAAN YANG MEMBANTU BINA KEYAKINAN DIRI :


Cara bina keyakinan diri

Sumber : Google

Haaa jangan terkejut, AL QURAN sangat sangat membantu untuk kita ubati hati kita, betulkan mindset kita, jiwa kita tau. So kalau anda selalu sangat rasa low self confidence, rajin2 kan diri baca Quran dan berusaha memahami apa yang ingin Allah sampaikan kapad kita. Kurangkan tengok life orang kat social media. 

Al Quran itu kan panduan kepada manusia kat muka bumi ini. Sebab Allah tahu kita akan berdepan dengan masalah low self confidence, sebab tu Allah turunkan penawarnya. So baca Quran selalu tau.

Jom salurkan ketakutan kita hanya pada Allah. Bukan takut kepada manusia, takut apa orang kata, takut takut takut apa jelah.

Cara bina keyakinan diri

Sumber : Google

Suka sangat sangat buku FILOSOFI BAWANG karya ANIE ALJA ni. Ni saya beli kat Shopee je.

Dalam buku ni, Anie Alja memang kupas satu satu perangai manusia yang pelik2 ni. Yang penting Anie Alja kupas isu tu bukan untuk kita tuding jari kat hidup orang lain. Tapi nak kita cuba diagnose apa penyakit kronik dalam hati kita ni sampai tak boleh maju kedepan. Sampai low self confidence. 

Yang penting lepas baca buku ni, rasa baru start faham dengan diri sendiri. Baru start benci dengen sikap buruk diri sendiri yang suka meremeh meremehkan kebolehan diri sendiri. Lepas dah kutuk2 diri sendiri tu, haaa baru ada kekuatan nak EMPOWER DIRI. So sila baca ya tuan puan jika anda ada isu LOW SELF ESTEEM atau KURANG KEYAKINAN DIRI YANG KRONIK. Ahaks !!

Sekian coretan panjang-panjang. Semoga anda berjaya menyihatkan kembali self esteem diri sendiri. So kehidupan kita semakin produktif, kita semakin kental dalam mengejar impian, start jadik insan yang bertanggungjawab. Paling penting start jadik hamba Allah yang bersyukur.

Sekian. Kindly follow my INSTAGRAM : @coach_nadiahmahamood