Memaparkan catatan dengan label TIPS KE PULAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS KE PULAU. Papar semua catatan

Selasa, 25 Julai 2017

Pulau Perhentian : Part 2

Bismillah. Okey aku sambung part 2 ak ke Pulau Perhentian ye.

View Pulau Perhentian. Macam kat Maldives kan.

Day 2 di Pulau Perhentian :

Pakej kitaorang including breakfast. So lepas breakfast, kitaorang photoshot kejap sebelum pergi snorkeling pukul 10 pagi. Tak zabarrrr betei nak terjun laut hehe.


                              *this product is not intended to diagnose or cure any disease.

Okey, lepas photoshot,kitaorang dah ready nak snorkeling, yey. Dalam pakej, kitaorang akan snorkeling dekat :
1. Shark point.
2. Turtle point.
3. Coral point.

Tapi, bukan rezeki kitaorang nak tengok shark dan turtle haritu. Kitaorang kena satu trip dengan foreigner dari Jerman yang amik pakej lagi advance, ke Pulau Rawa. Ya Allah, sumpah view dia cantek giler kat Pulau Rawa. Pakej yang kitaorang amik murah je, tapi Allah bagi rezeki tersatu trip ngn foreigner ni, dapatlah kitaorang ke Pulau Rawa, pakej mahaiii tu. Hehehhe.

Ni lah foreigner dari German tu. Danke Schon ( terima kasih tauuu bagi kitaorang lawat Pulau Rawa heheh )

Perkara yang anda perlu tahu semasa snorkeling :

Kalau anda jenis rabun, takyah pakai lens atau cermin mata pun takpe masa snorkeling tu. Kalau pakai lens, air laut masin,masuk mata pedih. So nanti ada sewa mask yang ada power area rm 20rm 30 per person. So walaupun anda rabun, tetap boleh tengok ikan berenang dengan jelas. Just perlu prepare duit je k.

Seriously kalau ada peluang nak terjun kat laut tu, ko terjun je. Sebab setiap tempat, jenis ikan dia berbeza, coral dia berbeza, view dia berbeza. Lagi laut dalam, lagi cantik ikan dan coral dia.

Aku masa first point : takut air.
Second point             : Excited.
Third point                : Start mabuk laut ngn mengah hahahha.
Last point                   : Pening. Rasa macam dah taknak terjun dah, Tapi abang tu cakap rugi tak terjun kat laut dalam ni. Coral dia warna purple, aku pun terjun laaa hahah. Bayar mahal mahal, ko tak terjun buang duit jeee *berkira.



Kitaorang snorkeling dari 10 pagi sampai 2.30 pm. Then kitaorang lunch kat Pulau Kecik atau lebih femes dipanggil Kampung Nelayan. Kopok lekor sedappppp giler kat sana. Makan panas panas.

Selalunya Perhentian Kecil ni kawasan bagpackers. Mostly orang kat sini berniaga Keropok Lekor, Takoyaki, Coconut shake, Nasi berlauk. Harga makanan dia bagi aku okey je. Asalkan ko tak amik lebih lebih, range harga rm 10rm 15 je lah. 

Aku amik nasi putih dan ikan bakar percik Rm 8,
Adek aku amik  nasi putih,sotong , ikan dan air teh sejuk Rm 16.

Petang :

Kitaorang balik Flora Resort jam 4 petang. Mandi, solat, rehat. Pukul 6..15 petang pergi berkayak. Masa ni bergaduh ada, jerit ada, gelak ada. Yelah, aku mana reti berkayak, ko suruh aku handle kat depan. Memang la ke laut tengah je aku berkayak hahahha. I learn something masa berkayak ni :

"aku belajar that we can contro; our life. Sebab kita ni khalifah, kita boleh manage dunia kita. Macam masa berkayak ni, aku bagi arahan kayak ke kanan, kayak ke kiri, kayak lajulaju, reverse. Then finally kitaorang sampai ke final destination"
Put Allah in our heart, find your purpose and work for it.

Malam :

Aktiviti bebas. Kitaorang tenangkan fikiran kat sini. Malam kat Pulau Perhentian ni memang sunyi. Masa siang je hidup. Memang sesuailah kalau anda ke Pulau Perhentian ni untuk cari KETENANGAN.

Last day di Pulau Perhentian :

Sebelum balik, kitaorang decide nak pergi Jungle Tracking, Bermula dari Samudera Resort, berhenti kat Perhentian Island Resort. Jungle tracking paling sempoi sebab kitaorang pakai SELIPAR tauuu haha. Bawak air masak siap siap, memang haussssss. Kitaorang berjalan selama 30 minit. Korang jangan jalan sorangsorang tau, sebab track dia memang sunyi. Dia kalau ada orang serang atau binatang buas, samada ko boleh patah balik atau pecut ke depan. Tapi serious jangan pergi sorang sorang tau. SUNYI.

Memang berbaloi la 30 minit jungle tracking, view kat Perhentian Island ni cantekkkkkkk giler. Aku rasa sebab memang resort ni dikawal rapi. Air dia memang biru dan jernih, macam kat Miami haha. Bilik kat sini satu malam Rm 300. Kalau korang mampu, boleh je menginap kat Perhentian Island Resort ni. Sumpah cantekkkkk.

saja kasik gambar size LARGE hahahha. Sebab memang view dia cantek sangatttt, subhanallah.

Check out :

Kitaorang check out kul 11 pgi. Lepastu photoshoot lagi kat sekeliling resort. Kul 12 tga hari, kitaorang naik bot untuk pulang ke jeti.

Bila orang tanya " best ke Pulau Perhentian ?"

Saya akan jawab " best sangatttt. Orang selalu pergi untuk cari ketenangan. Kalau ko tu asyik kerja tak rehat langsung, pergilah bercuti di Pulau Perhentian k."

Thank you for reading. Jomlah Cuti Cuti Malaysia.

Baca entry ini tentang Program Kurus Herbalife. 

BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Fb Page : Coach Nadiah 
Instagram : coach_nadiahmahamood   



Jumaat, 21 Julai 2017

Pulau Perhentian : Part 1

Bismillah.
Sharing pengalaman pertama aku bercuti di Pulau Perhentian. Aku nak buat disclaimer :
"jika anda nak pergi Pulau perhentian sebab nak shopping, jangan pergi Pulau Perhentian. Sebab memang takde Shopping Complex. Anda jugak yang stress nanti.  Jika anda mencari ketenangan, nak release tension, belajar berenang, bolehlah pergi Pulau Perhentian"

Hari Pertama di Pulau Perhentian.
Aku dan adek aku ambil bas dari Muar berhenti kat Station Bas Kuala Terengganu. Sebab kawan aku nak amik kat situ. Sebaiknya korang yang naik bas, berhenti STATION BESUT tau. Station Besut memang tak jauh dari Jeti Besut ( dari jeti Besut akan ke Pulau Perhentian naik bot )

Lagi sekali aku bagitau : Jika naik bas, berhenti Station Bus BESUT. 

Pukul 11.45 pagi kitaorang sampai Jeti Besut. Kitaorang pilih pakej dari syarikat Dnamies Leisure & Tour. Pakej 3 hari 2 malam bernilai rm 225 je. Bagi aku berbaloi sebab package dia termasuk :

1. Bot pergi dan balik antara Jeti Besut dan Pulau Perhentian.
2. Snorkeling trip
3. Snorkeling equipmemnt ( jika anda rabun, boleh pakai spect snorkeling yang ada power. Harga sewa dia around rm 20-rm 30 )
4.Snorkeling guide
5. Free 2x breakfast
6. Free 1 jam berkayak
7. Free T shirt.
8. Tempat penginapan yang ada kipas. Max 3 person per bilik.

Untuk orang yang rancang percutian bajet macam aku, pakej ni memang MURAH dan BERBALOI. Aku just bawak extra cash untuk makan lunch, dinner, duit bot untuk jalan-jalan dan emergency. Jika amik pakej ni dan bawak duit belanja rm 150, dah boleh survive dah kat Pulau Perhentian.

Kitaorang stay kat FLORA RESORT di Pulau Besar. Range makanan kat resort ni area rm 10-rm 15 untuk satu pinggan nasi goreng. Bagi aku berbaloi lah. Mango shake dia pun sedap ya ampun, rm 8 je.

Mango shake yang sedappppp giler. Rm 8 je korang.

So aku bagi suggestion untuk plan duit makan kat Pulau Perhentian :

Rm 15 untuk Lunch
Rm 15 untuk  Dinner.
Air minum tu, korang minum je la air masak. Boleh order rm 1 je.Takpun bawak siap siap dari jeti, buat stok air masak kat Pulau Perhentian.

So sehari spend rm 32 je utk isi perut. Bagi aku berbaloi lah. Sebab aku datang Pulau Perhentian bukan sebab nak MAKAN, tapi nak tengok laut dan snorkeling hehehhe.

Line telefon dan Internet di Flora Resort

Okey, kat Flora Resort ni, hanya ada line CELCOM je ye. Siapa pakai Maxis dan Umobile, memang NO SERVICE. Sila menangis kat hujung pasu bunga sekarang hehe. Tapi kalau korang desperate sangat nak line, boleh sewa WIFI kat resort ni. Rm 5 per 1 jam. Rm 12 untuk 2 hari.

Disebabkan aku pakai UMOBILE dan aku desperate nak line untuk update gambo  kat insta , aku bayor jugakla RM 12 untuk sewa WIFI. Oh, kat Flora Resort ni je yang line limited, resort lain, Maxis dan UMOBILE ada jerrr. Jangan risau okeh.

Check in bilik :

Selesa je biliknya. Kitaorang duduk bertiga. So pihak resort tambah extra katil kat tengah-tengah. Ada kipas. Masa siang memang panas gilerrr. Sebab tu kitaorang tak duduk lama dalam bilik. Pergi jenjalan kat pulau lain. Tapi kitaorang ON je kipas even takde kat bilik masa siang. Nak kasik haba keluar.

Aktiviti Day 1 :

Kitaorang nak pergi tengok Kincir Angin kat Long Beach. Sewa bot tak silap aku rm 10 untuk pergi dan rm 10 untuk balik. Berbaloi la bagi aku sebab memang bestttt giler naik bot tu. Dapat tengok laut biru, angin tampar pipi ko, rasa macam besarnya ciptaan Allah tu. 

Ha, pergi Pulau Perhentian, wajib pergi Kincir Angin kat Long Beach ni ye. View super cantek dari atas. Aku nak bagitau, disebabkan Kincir Angin ni tinggi, so ko kena mendaki dulu ala ala jungle tracking sebelum sampai Kincir Angin. Tak lama pun, dalam 30 minit dah sampai. Sila bawak air masak masa korang mendaki tu. Hausssss wei sebab cuaca panas. Track dia takdelah susah sangat. Aku tengok orang rilek je pakai selipar. Budak kecik pun mendaki jugak. So korang pun bolehhhh okeh hehe.

Haaaaa, inilah view dari Kincir Angin. Rugi tauuuu tak naik. Make sure korang jejakkan kaki kat sini okeh.
Masa malam, Long Beach ni femes dengan pertunjukan bunga api. Tapi kitaorang tak join sebab dia start pukul 12 malam. Anak dara tak manis jalan-jalan lewat malam. So kitaorang decide lepas dari Kincir Angin, balik Flora Resort terus petang tu jugak.

                 Lepas penat mendaki kincir angin, mari pekena Air Kelapa dan ABC. Syiokkkkkk. 

Settle Day 1 kat Pulau Perhentian. IAllah next entry aku sambung aktiviti Day 2 dan Last Day di Pulau Perhentian pulak. Thank you for reading :)

Boleh baca entry ini tentang Program Kurus Herbalife.

BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Fb Page : Coach Nadiah & Coach Suri Kurus Fit

Instagram : coach_nadiahmahamood