Sharing pengalaman pertama aku bercuti di Pulau Perhentian. Aku nak buat disclaimer :
"jika anda nak pergi Pulau perhentian sebab nak shopping, jangan pergi Pulau Perhentian. Sebab memang takde Shopping Complex. Anda jugak yang stress nanti. Jika anda mencari ketenangan, nak release tension, belajar berenang, bolehlah pergi Pulau Perhentian"
Hari Pertama di Pulau Perhentian.
Aku dan adek aku ambil bas dari Muar berhenti kat Station Bas Kuala Terengganu. Sebab kawan aku nak amik kat situ. Sebaiknya korang yang naik bas, berhenti STATION BESUT tau. Station Besut memang tak jauh dari Jeti Besut ( dari jeti Besut akan ke Pulau Perhentian naik bot )
Lagi sekali aku bagitau : Jika naik bas, berhenti Station Bus BESUT.
Pukul 11.45 pagi kitaorang sampai Jeti Besut. Kitaorang pilih pakej dari syarikat Dnamies Leisure & Tour. Pakej 3 hari 2 malam bernilai rm 225 je. Bagi aku berbaloi sebab package dia termasuk :
1. Bot pergi dan balik antara Jeti Besut dan Pulau Perhentian.
2. Snorkeling trip
3. Snorkeling equipmemnt ( jika anda rabun, boleh pakai spect snorkeling yang ada power. Harga sewa dia around rm 20-rm 30 )
4.Snorkeling guide
5. Free 2x breakfast
6. Free 1 jam berkayak
7. Free T shirt.
8. Tempat penginapan yang ada kipas. Max 3 person per bilik.
Untuk orang yang rancang percutian bajet macam aku, pakej ni memang MURAH dan BERBALOI. Aku just bawak extra cash untuk makan lunch, dinner, duit bot untuk jalan-jalan dan emergency. Jika amik pakej ni dan bawak duit belanja rm 150, dah boleh survive dah kat Pulau Perhentian.
Kitaorang stay kat FLORA RESORT di Pulau Besar. Range makanan kat resort ni area rm 10-rm 15 untuk satu pinggan nasi goreng. Bagi aku berbaloi lah. Mango shake dia pun sedap ya ampun, rm 8 je.
Mango shake yang sedappppp giler. Rm 8 je korang.
Rm 15 untuk Lunch
Rm 15 untuk Dinner.
Air minum tu, korang minum je la air masak. Boleh order rm 1 je.Takpun bawak siap siap dari jeti, buat stok air masak kat Pulau Perhentian.
So sehari spend rm 32 je utk isi perut. Bagi aku berbaloi lah. Sebab aku datang Pulau Perhentian bukan sebab nak MAKAN, tapi nak tengok laut dan snorkeling hehehhe.
Line telefon dan Internet di Flora Resort
Okey, kat Flora Resort ni, hanya ada line CELCOM je ye. Siapa pakai Maxis dan Umobile, memang NO SERVICE. Sila menangis kat hujung pasu bunga sekarang hehe. Tapi kalau korang desperate sangat nak line, boleh sewa WIFI kat resort ni. Rm 5 per 1 jam. Rm 12 untuk 2 hari.
Disebabkan aku pakai UMOBILE dan aku desperate nak line untuk update gambo kat insta , aku bayor jugakla RM 12 untuk sewa WIFI. Oh, kat Flora Resort ni je yang line limited, resort lain, Maxis dan UMOBILE ada jerrr. Jangan risau okeh.
Check in bilik :
Selesa je biliknya. Kitaorang duduk bertiga. So pihak resort tambah extra katil kat tengah-tengah. Ada kipas. Masa siang memang panas gilerrr. Sebab tu kitaorang tak duduk lama dalam bilik. Pergi jenjalan kat pulau lain. Tapi kitaorang ON je kipas even takde kat bilik masa siang. Nak kasik haba keluar.
Aktiviti Day 1 :
Kitaorang nak pergi tengok Kincir Angin kat Long Beach. Sewa bot tak silap aku rm 10 untuk pergi dan rm 10 untuk balik. Berbaloi la bagi aku sebab memang bestttt giler naik bot tu. Dapat tengok laut biru, angin tampar pipi ko, rasa macam besarnya ciptaan Allah tu.
Ha, pergi Pulau Perhentian, wajib pergi Kincir Angin kat Long Beach ni ye. View super cantek dari atas. Aku nak bagitau, disebabkan Kincir Angin ni tinggi, so ko kena mendaki dulu ala ala jungle tracking sebelum sampai Kincir Angin. Tak lama pun, dalam 30 minit dah sampai. Sila bawak air masak masa korang mendaki tu. Hausssss wei sebab cuaca panas. Track dia takdelah susah sangat. Aku tengok orang rilek je pakai selipar. Budak kecik pun mendaki jugak. So korang pun bolehhhh okeh hehe.
Haaaaa, inilah view dari Kincir Angin. Rugi tauuuu tak naik. Make sure korang jejakkan kaki kat sini okeh.
Masa malam, Long Beach ni femes dengan pertunjukan bunga api. Tapi kitaorang tak join sebab dia start pukul 12 malam. Anak dara tak manis jalan-jalan lewat malam. So kitaorang decide lepas dari Kincir Angin, balik Flora Resort terus petang tu jugak.
Lepas penat mendaki kincir angin, mari pekena Air Kelapa dan ABC. Syiokkkkkk.
Settle Day 1 kat Pulau Perhentian. IAllah next entry aku sambung aktiviti Day 2 dan Last Day di Pulau Perhentian pulak. Thank you for reading :)
Boleh baca entry ini tentang Program Kurus Herbalife.
BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Fb Page : Coach Nadiah & Coach Suri Kurus Fit
Instagram : coach_nadiahmahamood
Tiada ulasan:
Catat Ulasan