Disebabkan ramai tanya best ke tak Tadom Hill ni, aku buat je lah entry pasal Tadom Hill ye. Mohon baca dengan excitedddddd sebab aku pun excitedddddd nak share dengan korang ni.
REASON terbesar nak pergi Tadom Hill ni sebab aku nak challenge diri aku dengan aktiviti lasak terutamanya air. Aku rasa aku ni banyakkkk sangat TAKUT. Contohnya takut air ( imagine ada ikan jerung nakj gigit kaki dalam laut lol ) , takut nak mencuba, takut gagal, takut ini, takut itu. Last last aku cari jalan nak ATASI TAKUT. Itu yang aku pilih tempat yang offer aktiviti lasak, MURAH dan senang nak pergi. Dan aku pilih Tadom Hill.
Kat mana lokasi Tadom Hill ni ?
Tadom Hill Resort ni terletak 12 minit dari Lapangan Terbang KLIA dan 45 minit dari Kuala Lumpur
Sumber : http://www.maisinggah.com/tadom-hill-resort-banting/.
Aku Waze ajerr Tadom Hill ni. Dan haritu kitaorang tersesat sekejap. Tersesat sebab dalam Waze cakap dari Fly over tu kena stay kiri dan belok kiri. Tapi lorong nak masuk pun takde. Rupanya kita kena belok kiri kat kawasan yang ada Car Wash. 3 kali jugak la pusing pusing ikut waze sampai naik feed up kitaorang. Mujur orang kampung Banting rela hati bagi direction. Thank you soo soo much uols ! Fikir nak pergi Bangi je terus tadi kalau still tak jumpa hahah. Alhamdulillahhh, sampai jugak Tadom Hill yeyyyyy.
Harga masuk Tadom Hill
Ada orang yang nak bermalam kat sana. Kitaorang just nak mandi je kat Tadom Hill ni. So harga entry untuk orang dewasa macam aku adalah RM 22, student macam adek aku RM 18. Kitaorang pergi hari Jumaat. So bagi aku berbaloi la harga entry ngn aktiviti kat Tadom Hill ni hehe.
Waktu operasi Tadom Hill
Selasa - Ahad ( 10 Pagi - 6.45 pm )
Orang yang sesuai ke Tadom Hill
1. Orang yang minat aktiviti lasak. Haaaa, pergilah korang lenjan kat Tadom Hill ni.
2. Pecinta alam semula jadi. Tension keje kan korang ? Datanglah siniii.
3. Orang yang nak build CONFIDENT ( macam aku lah tu )
4. Family day
5. Team building.
Ak bagi contoh la golongan yang sesuai ke Tadom Hill ni. Kot kot la kan korang tengah cari tempat buat family day.
Aktiviti di Tadom Hill
Macam yang aku cakap tadi, aktiviti kat sana banyakkk. Tapi kitaorang memang dah set nak mandi je kat Tadom Hill ni. So ini lah aktiviti yang kitaorang buat :
Naik rakit. Wehhhh first time kaki aku masuk dalam tasik ni, takut giler weiii. Rasa macam air DALAM giler. Nasib ada LIFE JACKET. Terapung lah jugak aku.
Aku cakap kat adek aku :'
"Takutlah Unaaaaa"
Dia balas dengan berlagak :
" Konfiden je Nayaaa"
Puiiii. Cakap senang laaaa hahaha. Lelama dah biasa dahhh. Dah boleh gain WATER CONFIDENT, yey !
Sumber : Google
Sumber : Google
Aku amik 2 gambo ni dari Google sebab masa kitaorang nak terjun tu, tak bawak henpon. Letak dalam loker hahah. Ada banyak lagi gambo dan video menarik yang memang kitaorang amik. Boleh tengok kat insta aku :
Aku nak bagi tips la masa korang nak terjun ni kan, korang terjun duduk sambil tutup hidung. Takdelah sakit punggung ngn air tak banyak sangat masuk hidung. Sakit wooooo kalau kena. Pressure kat air tinggi kann ( aku lupa hukum fizik hahha. Jangan kecam sis )
Haaa lepas bergolek golek kat rakit, amik gambo, kitaorang pun salin baju dan balik. Lapar tauu lepas mandi tu. So kitaorang siap siap bawak bekal mee dari rumah. Makan kat dalam kereta. Nyumsss.
*this product is not intended to diagnose or cure any disease.
Lepas pergi Tadom Hill, aku check in Hotel kat Bangi Gateway. Aku ni sebenarnya Coach Herbalife. Pergi Bangi Gateway sebab nak pergi Workshop Penulisan Cikgu Jun. So walaupun aku travel, aku tetappp bawak Produk Herbalife hehehe.
Thank youuuuuuuuu uols for reading entry aku yang tak seberapa ni. Korang mesti pergi Tadom Hill tau sementara air dia masih BERSIH dan fees entry dia harga MAMPU MILIK. Kalau lambat, mampu ketap bibir je lahhh nanti tengok harga tiket melambung hahahah.
Boleh baca entry ini tentang Program Kurus Herbalife.
BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
Whatsapp 011 1147 5950
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Instagram : coach_nadiahmahamood
Tiada ulasan:
Catat Ulasan