Rabu, 18 September 2019

SELF LOVE IN WEIGHT LOSS

Anda nak tahu satu tips untuk sentiasa konsisten amalkan gaya hidup sihat ? Harini saya nak share satu tips. Namanya SELF LOVE.

Self love adalah ingredient penting di dalam weight loss. Kita nak kurus sebab apa ? Sebab kita suka feeling badan rasa fit, bertenaga, buat semua benda rasa cergas kan ? Sebab tu kita semangat jaga makan.

Ada orang semangat amalkan gaya hidup yang sihat sebab taknak menghidapi penyakit macam kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti dan banyak lagi. Sebab mereka sayang diri mereka.

Ada jugak yang semangat amalkan healthy lifestyle sebab mereka adalah ibu yang akan jadi role model kepada family mereka. Bila ibu amalkan gaya hidup sihat, kebaikan itu tak terhenti dekat ibunya sahaja. Akan berpanjangan kepada suami, anak-anak dan generasi akan datang . Satu family akan amalkan gaya hidup sihat. Makan terlahirlah family yang cergas, anak-anak yang pintar dan happy.

Ada jugak yang semangat amalkan healthy lifestyle sebab dah pernah merasai kesengsaraan bila badan tak sihat. Contohnya pernah alami obesiti dan badan rasa sangat tak larat. Banyak kerja harian terganggu. Jadi, mereka DECIDE untuk UBAH gaua hidup ke arah lebih sihat sebab dah tak sanggup merasai kepenatan bila berat badan berlebihan. Jadi mereka mula amalkan gaya hidup sihat.

Lain orang lain reason dia nak amalkan gaya hidup sihat. Anda pula sebab apa ? :)

Quote tentang Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss


Jaga makan, jaga kesihatan sebab kita SAYANG diri kite. Takde siapa yang boleh buat benda tu melainkan kita sendiri. Let's love ourselves more by taking care what we eat, what we think, how we treat our body.

Much love from me, Coach Nadiah :)

==============================================================================

Follow me at INSTAGRAM for more update !


Baca lagi :


===================================================================================




Tiada ulasan:

Catat Ulasan