Rabu, 6 September 2023

7 Tempat Menarik di Kuching Sarawak

 7 Tempat Menarik di Kuching Sarawak yang korang kena pergi !

1. Makan malam di Restoran Lepau ( Halal )



Datang Sarawak, kena try dinner dekat sini. Sebab dapat la rasa vibes macam kat Sarawak. Decoration kedai dia, waiter dia pun pakar baju kebangsaan orang Sarawak. Paling penting menu dia banyak menu2 orang Sarawak. Barulah puas hati kan bila dapat rasa makanan orang tempatan Kan.

2. Taman Orchid DBKU




Masuk adalah percuma.
Ada pelbagai jenis bunga orkid. 
Kawasan luas kalau nak jalan kaki jauh2, boleh bakar kalori hehe.
Musim banyak bunga : Ogos - Sept

3. Kuching Waterfront


7 Tempat Menarik di Kuching Sarawak yang korang kena pergi !

Ini dikira signature bandar Kuching. Kat sini ada Banyak kedai makan. Tarikan lain dia, ada Jambatan Darul Hana. Kalau pergi time Tengah hari memang panas. Pergi time petang ke malam, memang cantik.
Kat sini pun ada banyak sampan kecil yang korang boleh naik pusing sungai Sarawak. Boleh cuba.

4. Sarawak River Cruise

7 Tempat Menarik di Kuching Sarawak yang korang kena pergi !

Selain naik sampan, boleh juga jalan2 keliling Sungai Sarawak dengan naik cruise.
Info lanjut tentang cruise ni, boleh ke websitenya ye. 

Ada free kek lapis dan air oren.
Ada jugak pakej yang sekali dengan tarian Sarawak. 

5. Kak Yam Cafe

7 Tempat Menarik di Kuching Sarawak yang korang kena pergi !

Boleh pergi sini waktu sarapan.
Mee Kolok Tendon dia sedap.
Paling suka kat sini sebab kedai dia banyak pokok-pokok yang sedap mata memandang.

6. Kek Lapis Warisan - Gambar takde plak hehe. Tapi ada pelbagai jenis kek lapis yang korang boleh beli. Nak rasa-rasa dulu pun boleh. Tester dia free flow hehe.



7. India Street ( dekat Waterfront )

- Tempat beli cenderamata mata, baju kelawar, ikan bilis Sarawak... banyak barang kat sini, boleh cuci-cuci mata di sini.

Sekian topik 7 tempat menarik di Kuching, Sarawak. Terima kasih sebab baca sampai habis.


===========================================================================



Coach Herbalife Sarawak




Nama saya Nadiah Mahamood.
Saya adalah Coach Herbalife Malaysia.
Saya membantu wanita untuk turunkan berat badan bersama SuriKurus Online Coaching.
Coaching saya cover satu Malaysia termasuklah di Kuching, Sarawak.


011 1147 5950
011 1147 5950
011 1147 5950 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan