Soalan yang berlegar kat fikiran saya sebelum ke Pulau Tioman :
Pulau Tioman tu kat mana ?
Best ke bercuti kat Pulau Tioman ?
Perlu ambil pakej atau tak ke Pulau Tioman ?
Senang ke nak makan kat Pulau Tioman ?
Apa aktiviti boleh buat kat Pulau Tioman ?
Macam mana nak ke Pulau Tioman ?
Apa chalet atau hotel paling best kat Pulau Tioman ?
Cara ke Pulau Tioman dari Muar :
Sebenarnya pengangkutan awam dari Muar ke Pulau Tioman sangat mudah. In case anda taknak drive dari Muar ke Mersing, boleh naik bas. Saya naik bas S&S Express dari Muar jam 8.30 pagi ke Terminal Bas Mersing. Amik masa dalam 4 jam untuk sampai Mersing. Dari Terminal Bas Mersing, boleh naik teksi ke Jeti Mersing. Then anda akan naik Feri dari Mersing ke Pulau Tioman.
Ini flow dia :
Dari Muar ke Terminal Bas Mersing : Naik bas S&S Express rm 20 per person.
Dari Terminal Bas Mersing ke Jeti Mersing : Naik teksi rm 10.
Dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman : Naik Feri rm 35 per person + rm 5 cukai laut.
Actually boleh book tiket Feri secara online. Atau boleh boleh order dari Pak Cik ni : 019 745 6793.
Pastikan anda alert jadual waktu Feri berlepas ye. Boleh tanya pak cik tersebut supaya anda boleh rancang perjalanan sebaiknya.
Perjalanan naik Feri dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman amik masa 2 jam lebih ye. Kalau dapat feri yang laju, maybe sejam lebih sahaja. Haritu saya naik Feri 2 jam lebih, memang mabuk laut. Nasib baik saya bawak minyak angin siap- siap. Hampir nak termuntah dalam feri. Kalau anda ni kategori mabuk laut yang agak teruk, jangan risau. Kalau nak muntah, muntah je. Bawak plastik siap-siap dari rumah. Pihak feri pun ada sediakan plastik untuk muntah. Yang penting bawak minyak angin la. Kurang sikit mabuk lautnya.
Penyelamat masa mabuk laut dalam feri. Sila bawak minyak angin ye.
Perlu ambil pakej atau tak ke Pulau Tioman ?
Sebenarnya terpulang kepada situasi anda. Kalau anda pergi beramai-ramai, sebaiknya amikla pakej. Sebab dah lengkap penginapan, pengangkutan Feri, makanan, snorkeling semua ( depend apa yang pakej tawarkan, boleh tanya )
Saya tak amik pakej jadi semuanya perlu uruskan sendiri la. Tapi tak susah pun. Saya book chalet di Agoda. Nama Chalet saya : Beach Shack Hut Chalet di Kampung Juara untuk 3 hari 2 malam. Saya bagi 4.5 bintang untuk Beach Shack Hut Chalet ni. Bilik bersih dan lengkap peralatan, cuma kipas jela yang rosak. Tapi sebab duduk tepi laut, tak terasa sangat panasnya waktu malam. Wifi dia pun agak slow kat bilik, kalau nak upload gambar kat Ig dan Ig Story, kena lepak kat cafe dia la. Memang laju kat certain port.
Yang bestnya stay kat Beach Shack Hut chalet ni sebab bilik kita memang betul-betul depan laut. Kiranya lepas check in dan nak terus terjun laut pun boleh. Waktu malam memang boleh berangan tengok bintang sambil dengar bunyi ombak. Memang sangat tenang la senang cerita.
Bilik ni untuk 2 orang je. Let say anda pergi bertiga, akan kena extra cas untuk tilam tambahan dan breakfast. Rm 30 per day.
Bilik saya menghadap laut.
Ada buaian sekali. Boleh lepak sini sambil tengok laut.
Kat kafe boleh main snooker.
Yang penting ada batu besar yang sangat cantik.
Oh ya, Beach Shack Hut Chalet ni di Kampung Juara ye. Antara kawasan yang paling cantik di Tioman sebab depan laut. Banyak chalet best kat kampung Juara ni.
Untuk ke Kg Juara ni, perlu naik kereta pacuan 4 roda ye. Sebab nak ke Kg Juara ni memang jauh sikit dari jeti. Dalam 20 minit. Jalan dia pun hutan dan berbukit bukau. So memang kena naik kereta pacuan 4 roda. Jangan risau, turun je dari Feri nanti, anda akan jumpa ramai brother yang buat pengangkutan ke Kg Juara. Harga dia rm 35 per person. Kalau naik sorang, rm 50 per person. So better naik ramai-ramai, mana tahu boleh dapat lagi murah kan !
Boleh contact brother ni untuk tempahan kereta pacuan 4 roda ke Kg Juara : 017 949 3302
Aktiviti di Pulau Tioman
Banyak aktiviti boleh buat kat Pulau Tioman ni. Paling femes sebab nak snorkling la kan. Ada jugak datang sini untuk surfing. Saya amik pakej snorkeling dari Syrikat Happy Lobster, rm 150 per person. Siap lengkap equipment untuk snorkeling macam google dan jaket keselamatan. Anda akan pergi ke lima pulau yang setiap check point ada kelebihan masing-masing. Antaranya Taman Laut ( banyak sangat ikan cantik, boleh bagi ikan roti. Comel sangat tengok ikan berebut-rebut nak makan ). Ada shark point. Ada check point yang coral sangat cantik. Yang penting memang puas hati la cuci mata tengok keindahan dalam laut. Larat tak larat je hehe.
Kalau anda tak reti berenang pun jangan risau ye. Pakai jaket keselamatan tu kemas-kemas, iAllah tak tenggelam kat laut. Kalau dah kecemasan sangat, jerit je panggil kapten yang jaga kat atas bot tu. Nanti dia akan bagi pelampung keselamatan. Enjoy your snorkling !
1. Snorkling.
Boleh contact number ni untuk tempahan Snorkling : 017 949 3302
Apa yang bestnya bila snorkling ? Anda akan lihat kehidupan di dasar laut yang selama ni hanya nampak kat youtube aje. Sekarang ni anda akan experience dengan mata sendiri tau. Dapat jumpa nemo, coral yang sangat cantik, shark ( memang rezeki anda kalau jumpa ). Paling best dia bantu anda overcome fear terhadap air. Sebab nanti anda akan lihat dasar laut yang sangat dalam, so memang takut sikit la mula-mula. Risau terjatuh ke apa. Tapi dengan jaket keselamatn, anda takkan tenggelam. So anda rilex overcome your fear dan nikmati keindahan laut. Memang sangat berbaloi snorkling ni. Kena cuba tau !
Wajib bawak Water Protector phone tau bila nak snorkling tu. Boleh beli dekat mana-mana kedai telefon. Rm 10 dah boleh dapat. Pastikan pilih yang betul-betul berkualiti. Supaya air tak tembus ke dalam casing. Risau phone masuk air, confirm nangis tak berlagu.
Sangat jernih air dia. Subhanallah.
Jumpa coral. Sangat-sangat cantik subhanallah.
Coral dari dasar laut.
Finding nemo. Time snorkling nanti anda akan lihat pelbagai jenis spesis dan kaler ikan yang sangat cantik. Memang sambil menyelam haritu, sambil ucap subhanallah jela. Serious cantik sangat !
Lunch dekat Salang. Lepastu sambung balik snorkling.
2. Main bola tampar
3. Mandi air terjun ( kat kawasan Kg Juara )
4. Pusing-pusing kampung naik motor.
Tapi at your own risk tau. Sebab kawasan kat Kg Juara ni curam dan berbukit bukau. Kena cekap bawak motor la kalau nak pusing-pusing tu. Ada dengar cerita, banyak kes kemalangan jugak naik motor ni. So be extra carefull oke.
5. Surfing.
Selalunya dibuat pada hujung tahun. Time musim tengkujuh. Siap ada tournament lagi.6. Jungle trekking.
Ramai jugak mat salleh yang berjungle trekking, pusing kg Juara. Boleh bawak sport shoes tau.
Makanan di Pulau Tioman
Pulau Tioman ni banyak perkampungan melayu. So nak dapat makanan yang halal dan kena dengan tekak memang senang sangat kat sini. Harga dia mahal sikit la. Mungkin sebab pengangkutan nak angkut bahan basah ke pulau ni amik kos yang tinggi. So prepare duit jela korang. Bila lagi nak rasa makanan kat Pulau Tioman kan.
Nasi goreng Ayam masak merah rm 12
Nasi Goreng Ayam sea food rm 15
Keropok lekor, ABC dan Cendol pun ada. Dekat warung sebelah Beach Shack Hut Chalet.
Boleh jugak nak bawak roti dan tuna untuk alas perut. Kot kot la lapar lepas snorkling kan. Ngap dulu roti. Macam saya, lepas snorkling memang lapar giler. Minum shake Herbalife dulu untuk muscle recovery.
Saya sudah menggunakan Produk Herbalife selama 8 tahun. Guna herbalife untuk turun berat badan. Alhamdulillah sekarang BMI saya kategori normal. Badan rasa sangat ringan time bercuti kat Pulau Tioman.
My morning routine. Tea Mix, Tc dan Aloe.
INFO LANJUT TENTANG PROGRAM TURUN BERAT BADAN HERBALIFE :
atau boleh wassap saya : Coach Nadiah, 011 1147 5950
TESTIMONI PENGGUNA HERBALIFE #TEAMSURIKURUS :
TIPS BERCUTI KE PULAU TIOMAN :
1. Bawak minyak angin jika anda mabuk laut. Naik feri tu 2 jam ye. Sediakan payung sebelum hujan.
2. Bawak makanan ringan untuk alas perut seperti roti, tuna, buah.
3. Jangan lupa sunblock kalau taknak kulit hitam. Saya guna sunblock Herbalife Skin hehe.
4. Bawak Water Proof handpone jika nak menyelam. Taknak phone masuk air !
5. Baju renang/t shirt dan seluar cepat kering. Macam kain jersey.
6. Duit secukupnya sebab susah nak jumpa ATM kat Kg Juara ni.
7. Bawak selipar atau Crocs ( kalis air )
========================================================================
Sekian perkongsian saya tentang Percutian ke Pulau Tioman. Terima kasih sudi membaca :)
Follow IG saya : https://www.instagram.com/coach_nadiahmahamood/
Nama saya Coach Nadiah Mahamood.
Membantu wanita turun berat badan menggunakan Produk Herbalife dengan Surikurus Online Coaching.
Boleh whatsapp 011 1147 5950 berkenaan Program Kurus 30 Hari Herbalife.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan