Sabtu, 21 September 2019

Boleh ke makan ayam time nak diet atau kurus ?

Soalan yang biasa saya dapat : "Boleh ke makan ayam time nak diet atau nak kurus ?"


Takde masalah pun dear kalau suka makan ayam 😉 

Ayam antara sumber protein utama dalam pemakanan harian. 1 bahagian ayam boleh dapat dalam 20g - 30 g protein which is protein dia agak tinggi. Badan perlukan protein untuk build muscle. So it's oke untuk makan ayam sebagai salah satu sumber protein. 

Kalau anda suka makan ayam, boleh je nak makan satu portion ayam sehari. Bahagian ayam yang paling sihat adalah DADA AYAM. Sebab dada ayam paling RENDAH LEMAK dan paling TINGGI PROTEIN.

Bila nak turun berat, tak perlu terlalu drastik ubah pemakanan. Contohnya anda ingat ayam tu tak sihat, so terus tinggalkan ayam. Then stress sebab setiap hari teringatkan ayam 😆 Tak perlu buat macam tu.

Tips paling mudah :

1. Plih ayam bahagian dada.
2. Practice amalkan Suku Suku Separuh ( ayam tu suku )
3. Masak ayam dengan masakan sihat macam rebus, bakar, masak bersup. Elakkan masakan yang bersantan, tinggi minyak, garam, gula.

Rilex. Improve pelan-pelan. Tetap boleh kurus even suka makan ayam. Yang penting kena JAGA PORTION LUNCH anda. Boleh cuba tips kat atas ya.


Thank you for reading ! :)


========================================================================================


FOLLOW IG : @coach_nadiahmahamood for more update.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan