Rabu, 13 Februari 2019

Pengalaman Scaling Gigi

Lama sangat aku tak scaling gigi. Rasanya last masa form 3 dulu kot haha. Bertahun sudah berlalu. Then aku pulak ada sorang kawan yang dentist jugak. Namanya Liana Melan. Dia selalu jemput aku datang pergi rumah sewa dia kat Muadzam, Pahang. Sebab dia cakap klinik dia patient tak ramai, suruh aku check gigi situ.

Aku ni duduk Muar, memang jauhla nak ke Muadzam haha. Tapi disebabkan menggedik saja nak explore Muadzam, aku pun pergi la jugak turun Muadzam.

Sehari sebelum scaling gigi, aku tak makan benda merapek. Sebab risau kang ada daging kambing terselit kat gigi aku masa Yana check nanti. Malu aku dengan Dr Yana kang. Sampai bila-bila dia teringat haha ( padahal benda ni dia dah biasa buat la, tengok gigi orang. Aku je yang overthinking )

Isnin pagi pergi la Klinik kesihatan Muadzam, acah-acah buat appointment dengan Dr Yana ( padahal dah pakat lama dah ). Pastu aku masuk dalam Operation Room. Bermulalah sesi check gigi. Seramnya !

Dr Yana cakap : "Gigi ko oke je. Lubang dulu-dulu dah kena timbus. So sekarang dah takde gigi berlubang. Harini aku scaling je la'

Aku pun angguk-angguk. Buat jela apa yang kau nak buat Yana. Asalkan gigi aku bersih bersinar ececeh.

Lepas 20 minit....Yana cakap, "oke done scaling" !

Dia suruh aku kumur. Memang keluar semua plak gigi, taik gigi semua la. Gigi aku rasa rompong sekejap. Haha.

Sepanjang scaling tu, aku rasa la gigi aku ngilu. Sebab dia memang bersihkan celah-celah gigi. Nasib baik ada mesin penyedut air liur. Kalau tak, memang tersedak aku telan taik gigi aku hahaha.


Muka happy lepas scaling gigi. Yana cakap, aku just perlu scaling gigi setahun sekali je. Sebab gigi aku dah oke. Alhamdulilah. Happy aku dengar hehe. Thanks Yana !

Tips Jaga Gigi  (share sebab dulu nak jadi Doktor gigi. Tapi sebab tak jadi Doktor Gigi, aku sangat passionate jaga gigi oke ! Biar aku share tips )


1. WAJIB gosok gigi setiap hari. Waktu wajib : Bangun pagi dan sebelum tidur. Jangan tidur selagi tak gosok gigi. That's my rule.

2. Guna berus gigi yang sesuai dan bersih. Setiap 3 bulan, tukar la berus gigi. Jangan guna berus gigi yang kembang ye. Sebab bila berus tu dah kembang, dia pun tak boleh berfungsi effective sangat. 

Haaa itu je 2 tips jaga gigi yang aku nak share. Siapa kata nak jaga gigi ni susah kan ? Korang ada tips lain nak jaga gigi tak ? :)

Berminat ingin tahu Program Kurus 30 Hari Herbalife ?  KLIK SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan