Khamis, 7 November 2019

Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah

Saya menunaikan umrah pertama kali pada 24 October 2019 - 4 November 2019. Saya menggunakan pakej Tiram Travel. Best ke pakej Tiram Travel ? Bagi saya sangat best. Sebab Tiram Travel menawarkan harga yang berpatutan, hotel di Mekah dan Madinah pulak sangat dekat.

Di Mekah saya duduk di Hotel Safwa, 50 meter sahaja untuk ke Masjidil Haram. Turun hotel, jalan 50 m, lepastu terus masuk ke Masjidil Haram di gate 94.

Di Madinah pulak, saya stay di hotel Al Ansar Palace. Berjalan 150 m, terus sampai ke Masjid Nabawi. Bagi saya sangat dekat dan mudah.

So saya bagi 5 bintang untuk servis, pengangkutan dan penginapan daripada Tiram Travel.

Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah


Tips Suci daripada Hadas Haid semasa mengerjakan umrah.

Saya berkongsi berdasarkan pengalaman  ye sebab saya tak ambil pil untuk tahan period. Itu pilihan masing-masing untuk ambil atau tak. Dan saya memilih untuk TAK AMBIL pil tahan period.

Berikut tips yang saya amalkan 6 bulan sebelum mengerjakan umrah :

1. JAGA PEMAKANAN

Sebab saya nak suci daripada hadas haid masa 24 Oct-4 Nov ( waktu tersebut mmg saya suci sepatutnya kalau ikut kitaran haid ), saya memang cuba terbaik makan makanan sihat on daily basis. Dan alhamdulillah saya memang suka pemakanan yang sihat pun since i'm Coach herbalife. So tentang pemakanan sihat saya memang dah expert.

No junk food, no meggi, no sosej, no fast food, makanan dan minuman bergula memang saya kurangkan. Sebab saya nak kitaran darah haid saya keluar secara normal. Kalau saya tidak jaga pemakanan, ada kemungkinan kitaran haid akan terganggu ( terkeluar awal atau terlewat dari sepatutnya ). So jagalah pemakanan sebaiknya ya.

2. KURANGKAN AKTIVITI LASAK 

Sebulan sebelum berangkat, kalau boleh elakkan senaman yang hard core. Buat light light je boleh la macam brisk walk. Sebab kalau buat aktiviti yang sangat lasak, risau darah haid terkeluar awal dari tarikh yang sepatutnya. Kalau terkeluar awal, dah susah untuk kita kira hari suci dan tak suci. So buat senaman yang light-light je sebulan sebelum fly. Lepas balik umrah nanti, sambung la workout sepenuh hati ya.

3. DOA

Sebenarnya ada doa yang standard, anda boleh cari di google atau buku. Tapi saya doa secara spesifik setiap hari sebab nak doa dari hati kan. Ini yang saya sentiasa doa setiap kali selepas sembahyang :

" Ya Allah, sucikanlah aku daripada hadas haid sepanjang aku berada di Mekah dan Madinah sampailah aku pulang ke Malaysia'

atau 

"Ya Allah, semoga kau izinkan aku untuk solat berjemaah setiap waktu di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi nanti"

Saya doa secara spesifik supaya lebih faham dan ingat. Bila kerisauan melanda je ( risau tetiba period time kat tanah suci ), saya cepat-cepat istighfar dan repeat doa ni. Sampai penat hehe. Tapi  memang tak pernah tinggal doa ni la even dah sampai Mekah dan Madinah pun. 

4. MINUM AIR ZAM ZAM dan NIAT.

Minum air zam zam ni banyak kebaikannya. Salah satunya boleh mohon segala apa hajat di hati sebelum minum. 30 hari sebelum saya mengerjakan umrah, saya minum air zam zam setiap hari sambil niat :

" Ya Allah, kau sucikanlah aku daripada hadas haid sepanjang aku berada di Mekah, Madinah sampailah aku pulang ke Malaysia'

Doa kena yakin.

5. Pilihla tarikh mengerjakan umrah yang anda yakin SUCI daripada hadas haid.

Ini paling penting. Anda kena la pilih tarikh yang memang betul-betul anda suci masa nak kerjakan umrah tu. Jangan la pilih tarikh yang anda rasa masa tu anda period. 

Macam mana nak tahu ? Itu kena kira sendiri.

Setiap kali datang period, SILA CATAT hari pertama anda datang bulan tu di kalender ya.
Then untuk bulan depannya, selalunya tarikh dia akan awal 2 hari dari tarikh bulan ni.

Contohnya : hari pertama anda period masa October adalah 10 October.
So dijangka anda akan period pada bulan November adalah 7 November.

So kena kira betul-betul. Duduk dengan tenang dan kira. Kalau tak reti, boleh kira dengan orang yang reti nak kira tarikh period ni. Ataupun boleh pergi jumpa doktor, kira sama-sama dengan doktor.

PASTIKAN KIRA TARIKH ANDA SUCI DAN TAK SUCI DARIPADA HAID  DENGAN TELITI dan BETUL ya.

==============================================================================

Saya decide untuk tidak amik pil tahan period. So saya memang jaga segala tips yang saya share di atas. Dan alhamdulillah, saya memang suci daripada hadas haid sepanjang saya berada di Mekah, Madinah sampailah pulang ke Malaysia. 

Pada mulanya saya pilih tarikh untuk fly pada 3 November, tapi lepas kira-kira tarikh period, waktu tersebut saya dijangka akan period masa kat Madinah nanti.

So saya tukar tarikh yang lebih awal untuk fly iaitu pada 24 October. Sebab tu saya nasihatkan, jika anda tak nak amik pil tahan period semasa tunaikan umrah, anda kena buat homework KIRA TARIKH PERIOD anda dengan teliti. Kena nampak dengan jelas, berapa haribulan anda akan suci, berapa haribulan anda dijangka akan period.

KENA KIRA ye. Jangan malas nak kira. Sebab bukannya senang ada peluang untuk kita tunaikan umrah. Sometimes ada duit, tapi masa tak izinkan. So alang-alang nak pergi tunaikan umrah ni, RANCANG waktu suci anda sebaiknya supaya dapat beribadah sebanyak mungkin di Mekah dan Madinah.

DISCLAIMER : Ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin sesuai untuk anda, dan mungkin jugak tidak sesuai untuk anda.  So anda ambil la mana yang anda rasa serasi untuk anda amalkan ya.

Sekian sharing Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah. Nantikan sharing  pertama kali saya mengerjakan umrah di entri seterusnya ya.


======================================================================

BACA LAGI :





Tiada ulasan:

Catat Ulasan