Rabu, 14 November 2012

Masam manis CFS IIUM Gombak

Bismillah ! Salam khamis yg penuh keceriaan !
 Tulis entry ni sbb rasa sayu nak tinggalkan zaman kanak2 sebelum melangkah ke Degree pada bulan January 2013..

Sebelum ak mulakan, ak nak share doa yg ak dapat dr buku kanak2 yg ak baca minggu lps. Doa dia cenggini :
                                     Ya Allah, sesungguhnya aku seorang yang lemah, maka kuatkanlah aku,  aku seorang yg hina, maka muliakanlah aku, aku seorang yg  fakir, maka kayakanlah ak..wahai Allah! Makbulkanlah doa kami :") Ameeeeen..

Ni nak coret sikit kisah ak sepanjang Asasi kat UIA Gombak. Heheheh. Ditakdirkan Allah, ak segroup ngn satu group yg sangat luar biasa org2 di dalamnya. Semua ada kisah tersendiri..Group ni ak masuk time sem first kat Nilai dulu. Group 932 ! Hehehhe.. ( dulu asasi kat Nilai tp awal Januari 2012, pusat kat Nilai dah ditutup, kami berpindah ke Uia Pj dan kos ak iaitu Economics ke Gombak )..

Inilah group 932 ak :

First time masuk group ni masa ak mula2 daftar, asyik dgr satu suara sumbang sebut : ' Fakaq, Fakaq ! " Ak yg baru masuk ni tercengang la, dlm hati nak tau lah jugak Fakaq tu sape, hensem noh ke sampe semua budak dok laung2 nama dia. Kahkahkah ! Bila lama2 dah tau sapa Fakaq tu, boleh la tahan budaknya. Bermisai, kenit sikit orgnya, tapi bijak ! Kahkahkah.. :)

Bnyaklah jugak aktiviti yg kitaorg lakukan sama2..Yg paling best group speaking test..Hahahha! Ak segroup ngn Fizah, Sakinah, dan Adib Asyraf..Group ak ni semuanya power speaking, sbb tu masing2 dpt band 7, (tapi ak biasa je oit ) Hehe..  Haa. Nilah contoh training speaking group kami :

Itu Fazli dan Rais




Itu Fizah, entah ap dia bebel, ak pun dah x ingat. Kehkehkeh

Pastu adalah jugak buat pertandingan masak2...Mana group yg masak best akan dipuji oleh ayahanda kami yg tercinta : 


  
Namanya ayahanda Ibrahim..Sgt supportive orgnya sbb even masa dia mark ak punya karangan yg selayaknya band 3 tu, dia cakap kat ak : " Ini boleh dapat band 6 atau band 7 ni..You kena improve lagi ! "  Ecewah ! Tersenyum lebar ak masa dia cakap mcm tu, padahal kat hati ak gelak2 je, krgn ak teruk kot.Tapi disebabkan ayahanda kata mcm tu lah ak try my best masa exem writing ! Alhamdulillah..So, we need to talk positive words to others oke :)

Ha.Ini Waktu pertandingan memasak...Sengit jugak wooo. Diaorg kata budak laki masak best, tapi kitaorg yg perempuan ni x caya sbb alih2 kuih onde- onde group ak ngn Koktel group Najah gak yg diaorang sebat.Ayoyoyo ! Tapi gambar laki tengah masak ak x jumpa la, malas nak godek gambar2 lama korang...Heheheh. Sorry beb.
 Time ni ayahanda jadik hakim,,, haha, seronok je time ni..

Seterusnya pulak, kitaorg makan nasi arab kat Nilai, masa tu dah hujung sem..hehe..Semua muka lapar..sat na, ak tunjuk gambar :





Lagi satu, masa ni birthday Syazwan, yg duduk dpn sekali pakai kopiah tu. Mmg seronok la dia kena bahan haritu.


Perg pergh, kek nak gempak...Ak x ingat ni kek Secret Recepi ke ap..Hehehhehehe.


Ini semua wanita pejuang negara..Haha..Lagi2 yg bertudung biru tu, Nasihah Atyra namanya :)





Pergh ! Besar x besar nasi Arab ni. Heheheheh. Rezeki Allah  :)


Ha, yg ni gambar 3 hari sebelum habis CFS kat Nilai tahun lps...

Lps tu masa kat Asasi Gombak, kitaorg dah separate kelas.Lelaki satu group, perempuan satu group ! Bila berselisih je, semua buat x tau, masing2 segan :P   Menyampah aku..Hahahahahah..Alhamdulillah, ukhuwah kami ni x de lah melebihi batasan, kami masih menjaga ikhtilat.Itu mmg diterapkan oleh UIA..Best tau masuk UIA Gombak ! Ada bnyak talk yg membina personal development.Jom2 masuk sini..Hehehehhehe

Sebenanrnya ak banyak lagi nak tulis, tapi ak simpan dulu idea ak ni...Nanti aku post next entry oke.Hahahah.. Salam zero to hero !


Sorry weyh, ak x reti la nak adjust gambar ni. Kejap ada yg centre, kejap ad yg ketepi..Nanti ak improve lagi oke...Heheh. Maaf salah silap.  Salam Maal Hijrah ! :)