29 Mac 2019 : Check in pukul 3.30 pm
Waktu check in kat Avani adalah 3 petang. Saya book 3 villa utk 6 family. Villa kat Avani ni besar, ada 2 bilik. So kira ngam la. Ada 6 family, sorang amik 1 bilik. Untuk tahu harga terkini Villa kat Avani ni, boleh terus contact admin Avani ya.
semangat amik gambar kat lobi.
Welcome reception siap tulis nama ayah kite hehe. Rasa special ke ada nama tertulis kat Tv tu ? Hahaha. Jakun.
Disebabkan inilah first time buat family day, mak saya semangat masak macam-macam dari rumah haha. Semua dah lapar giler masa check in pukul 3 tu. So lepas check in Villa, terus bukak bekal dan makan.
Menu lauk tengah hari masakan sendiri :
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Sayur Kubis
Kentang dan tempe sambal
Keropok
Kacang rebus.
Saya bawak bekal siap2 dari rumah sebab kitaorang ni bercuti dengan kuantiti yang ramai. Malas nak makan kat luar masa lunch sebab amik banyak masa. So keputusan kitaorang bawak bekal dan makan kat Avani adalah keputusan yang tepat haha. Jimat masa, semua kenyang dan happy.
5 pm aktiviti sukaneka di pantai
Perancangan awal nak buat sukaneka. Konon nak buat pertandingan pecahkan belon la, makan biskut paling cepat la, kupas buah apple jangan sampai putus la. Tapi tak jadik buat sukaneka. Last2 kitaorang mandi pantai dan bergambar je haha. Enjoy the view.
Benda best kat Avani ni adalah korang boleh naik Buggy kalau nak pergi lobi. Kalau nak bakar banyak kalori, boleh juga naik basikal. Yang kaler biru adalah FREE. Kalau basikal family dan yang boleh bonceng budak tu, rm 35. Ada yang boleh sewa 1 jam, ada yang boleh sewa 1 hari. Boleh pilih.
Excited naaik buggy.
8 pm dinner di Restoran Wak Lan Bayu Malam
Saya order dulu menu ni sebelum sampai Avani. Sebab malas nak menunggu. So kalau korang nak bila sampai kedai makan makanan terus terhidang, boleh la booking makanan siap-siap sehari sebelum sampai Avani ya.
Saya bagi 4/5 untuk makanan kat Wak Lan Bayu Malam ni. So boleh cuba dinner di sini ya ! Servis makanan disediakan pantas. Lauk pun sedap je. Cuma kalau nak makanan tu panas-panas, korang datangla on time ye. Contoh book kul 8 malam, datang la kul 7.59 pm. Konfem lauk baru disiapkan dan panas-panas lagi.
Ini adalah menu yang saya order untuk satu family. Harga rm 449 untuk 13 orang makan ( harga tak fix ya )
Menu utk 13 orang :
Nasi putih
Ikan Siakap Bakar Sambal
Ikan Siakap Sweet Sour
Ikan Siakap Stim
Ikan Pari Bakar Sambal
Sotong Goreng Tepung -1kg
Udang Butter-500 g
Tomyam 5 orang makan.
Sayur Kailan Ikan Masin 5 orang makan.
Pepahat 5 orang makan.
Telur 3 biji.
Air Apple 2 jug.
Contact nombor ini untuk sebarang tempahan : 017 619 9160
30 Mac 2019 : Breakfast hotel
Pukul 7.30 pagi lagi kitaorang dah semangat nak pergi breakfast hotel. Banyak jugak lauknya. Tempat feveret aku adalah kat bahagian pastry !
Time vacation ni perut rasa sebu. Bancuh Tea Mix + Aloe dengan air sejuk, perut rasa sedap terus !
Oh ya, saya ni Coach Herbalife ya. Info lanjut tentang Produk Herbalife : KLIK.
Free flow juice !
9-12 pm : Aktiviti bebas so banyak amik gambar.
Ramai jugak yang mandi kolam lepas breakfast. Pastikan bawak swimming suit ya ! Kalau tak
bawak, kena halau, takleh masuk kolam.
12 pm check out.
Sekian sharing percutian saya sekeluarga ke Avani. Semoga bermanfaat ! :)
========================================================================
Saya merupakan Coach Herbalife daripada #TeamSuriKurus.
Berminat ingat sertai Program Kurus 30 Hari Herbalife ?
Wassap 011 1147 5950
Wassap 011 1147 5950
Wassap 011 1147 5950
atau follow saya di instagram : @coach_nadiahmahamood
Tiada ulasan:
Catat Ulasan