Khamis, 16 November 2017

Memori Degree Uia Gombak

Assalamualaikum. Ini memang entry yang aku tunggu tunggu nak post selama ni haha. Finally I'm grad from UIA Gombak weeeho !

Bagi aku UIA Gombak antara tempat yang aku belajar banyak benda. Sebab masa aku kecik dan masa tingkatan dulu, aku tak ingat sangat. So bila kat UIA ni, memang aku ingat setiap memori secara detail sampai skang. Aku pun tak tahu kenapa. Sel sel otak dah bercantum dengan advance kot hahaha ( jangan percaya, ini teori aku sendiri ;p )

So aku buatlah kronologi aku kat UIA ye. Manalah tahu anak cucu cicit aku nak baca pulak story aku masa akan datang kan haha. Sebelum aku terlupa nak citer kat diaorang betapa awesomenyaaaaa UIA :P

Aku masuk Asasi UIA Nilai tahun 2011


Lepas SPM aku yang resultnya 6A 5B tu hahah, aku jejakkan kaki ke UIA Nilai untuk asasi selama 1.5 tahun. Aku ni ZERO pasal Akaun tau, tapi aku dapat pulak kos Ekonomi Sains dan Pengurusan kat UIA ha. Demmmmmm. Aku tawakal je masa nak terima tawaran tu memula. Aku doa, "moga Allah tolong aku dalam aku tak reti apapatu" haha.

Allah makbulkan doa aku :') Allah sekelaskan ak dengan #Geng932 yang majoriti ada background pasal Ekonomi dan Akaun sebab diaorang amik jurusan Sastera masa SPM.And mostly diaorang ni BEST STUDENT masa SPM wei. Ada yang patutnya fly oversea, tapi tak jadik, sambung kat UIA. Beruntung sangattt aku jumpa diaorang.

Mula la journey aku belajar new terms :


Debit, Credit,Balance Sheet, surplus, balance of payment, deflation any many many terms yang membuatkan otak aku kena berkembang dan berkembang lagi hahaha. But luckily kawan kawan aku rajin tolong aku. Study group sesama, pergi kelas sesama, buat assignment sesama. Haha love you all to the moon laaaaa.





IIUM GOMBAK

Inilah muka yang aku kenal masa aku first time jejakkan kaki kat UIA Nilai.

Dan nak bagitau jugak, aku jumpa Herbalife masa zaman Asasi laa. Umur 19 tahun, aku amik Herbalife sebab nak turun berat. Lepas tu buat bisnes Herbalife pulak nak isi masa lapang dan nak cari Extra Income. Sebab aku ni banyak benda aku nak try. Nak pergi talk la, travel la, makan kat kafe hipster la, semua tu perlukan duit. So baik aku buat bisnes Herbalife. Dapat duit poket jugak dari asyik guna duit mak bapak aku je kan hahaha.

Aku masuk First year Degree UIA Gombak tahun 2013


 Ada banyak course bawah Kuliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Course Account ada, Ekonomi, Finance dan Business.
Aku amik course Business Administration. Haha. Course yang paling sempoi dan paling senang nak score :p #WorkSmart. 

Banyak aktiviti aku join sepanjang degree ni. Banyak aku pg talk Tafseer Quran, aktiviti masuk kampung Orang Asli dan IIUM FIT Club. Yes, pusing pusing kehidupan degree aku kat UIA, mmg banyak spend masa kat 3 benda ni je haha. But aku happy la, sbb aku fokus dengan benda yang bebetul aku NAK. 

Aku ni jenis yang tak suka join banyak aktiviti pastu stress tak pandai bahagikan masa. So aku lek lek join kelas tafseer Quran kat UIA pastu selalu join masuk kampung orang Asli under Comrade. Sukan dan persatuan semua aku tak join kecuali IIUM FIT CLUB haha. Malas laaaa haha. Aku pun buat bisnes Herbalife kan. So aku hanya join aktiviti  yang aku NAK dan aku tahu boleh komit dengan sepenuh hati..

IIUM GOMBAK
Perkampungan Orang Asli di Pos Lebir, Kelantan.

IIUM GOMBAK
IIUM GOMBAK
IIUM GOMBAK
IIUM GOMBAK

And here we goooo after 4 years, aku finally grad. I'm officially Alumni IIUM skang hahaha #alhamdulillah.

My tips untuk adek adek yang baru nak masuk University.....

Since uols pun baru nak kenal dunia luar, nak explore dunia ni luas sebenarnya, meh kakak share tips ye.

1. Pilih kos yang awak bebetul MINAT dan SUKA. Begin something with end mind. Jangan pilih kos sebab ikut kawan, pastu bila tak boleh bawak kos tu, quit dan salahkan kawan. Even awak amik kos yang tak glemer ataupun memang jarang la orang dengar, kalau rasa dah suka, amik je lahhh. You will learn a lot when you love something. Pasal kerja pulak, jangan risau. Rezeki Allah tu luas. Sepanjang 4 tahun degree ni, rancang siap siap macam mana nak dapatkan kerja dari kos yang awak amik skang ni. Be brave !

2. Sekali sekala joinla aktiviti kat universiti korang tu. Ada aktiviti masuk kampung ke, memasak ke, sukan ke, masuk jelah. Bergaul dengan orang baru. Otak pun berkembang. You will learn a lot bila expose dengan benda baru. Jangan asyik 3 K je : Katil, kelas, kafe. Boring nanti hidup awak hahhaa.

3. Sebaiknya janganla ponteng kelas sesuka hati unless memang ada emergency yang tak boleh elak. Jangan pulak ponteng kelas sebab MALAS, lambat bangun tido semua. Adek adek dah besar. Kena pandai uruskan emosi dan diri kan haha. Fun fun pergi je lah kelas. Untung untung tersepak jodoh dengan kawan sekelas nanti ;p

4. Selalu isi masa lapang dengan benda yang berfaedah. Sebaiknya spend kat tempat yang boleh BUILD YOU AS A PERSON. Buatlah part time income dengan join business ke, jadik tutor sambilan ke, pembantu jual waffle ke, pembantu jual ayam Uncle Bob ke. Anything laaaa asalkan jangan buang masa layan korea dari first year degree sampai final year degree. RUGI masa muda you je tau. Patutnya zaman degree ni la kita cuba banyakkkkkkkkk benda untuk gain banyak experience dan matangkan minda.

5. Let say you ni tak berapa pandai haha ( saya la tu ), jangan terus give up. Kan ada markah untuk ASSIGMENT, haaa pulun la habis habis kat situ. Group assignment, individual assignment, bagi komitmen untuk buat seikhlas hati. So bila carry mark assignment dah tinggi, takdelah stress nak revise subjek masa nak exam nanti. Markah exam contribute 30%-40% je tak silap. Baki lagi based on individual dan group assignment. STUDY SMART okeh adek adek sekalian.

6. Pilih kawan yang baik. Yang bantu you untuk jadi diri you sendiri, yang will pull you up bila you rasa down. Ramai je weiii kawan yang baik. So cariklah kawan yang baik haha. And kita pun kena jadik baik jugak baru sekeliling kita jadi baik :D

Okeylah, aku share 6 tips je lah untuk adek adek haha. Ni kita cakap based on experience sendiri la. You also can make your own story nanti. Yang penting, do something yang bermanfaat sepanjang kat degree nanti yaa. 

Okey, aku nak spam gambo aku grad bebanyak sini. Jangan muntah pulakkk. Kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bebila alhamdulillahhh. 
IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

IIUM GOMBAK

My degree life takdelah bahagia jeee. Ada hari cerah, ada hari mendung, ada hari hujan renyai, ada hari ribut taufan, ada hari tsunami, ada jugak hari pelangi hahaha.
My tips here, just go trough satu hari dengan sehabis baik.

Selalu doa yang baik-baik, expect benda yang baik, cakap benda yang baik. Bila kita dah doa dan Allah tetap hadirkan challenge, kita redha je lah. Tetap sangka baik dengan Allah. Always use your life to the fullest. Sebab kita hidup hanya sekali.

Ecewahhhh banyak nau aku membebel.Seronok membebel kat sini hahha. Harap korang enjoy baca ye. Doakan aku untuk tempuhi hidup dan dunia baru pulak lepas ni. I'm super EXCITEDDDDDDD to see what is next. May Allah bless.

========================================================================


Baca lagiiiiii .....

                                      I'm Proud Herbalife Independent Distributor


Tentang Program Kurus 30 Hari Herbalife



=========================================================================


Coach Herbalife Gombak

BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Fb Page : Coach Nadiah 

Instagram : coach_nadiahmahamood   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan