View Pulau Perhentian. Macam kat Maldives kan.
Day 2 di Pulau Perhentian :
Pakej kitaorang including breakfast. So lepas breakfast, kitaorang photoshot kejap sebelum pergi snorkeling pukul 10 pagi. Tak zabarrrr betei nak terjun laut hehe.
Okey, lepas photoshot,kitaorang dah ready nak snorkeling, yey. Dalam pakej, kitaorang akan snorkeling dekat :
1. Shark point.
2. Turtle point.
3. Coral point.
Tapi, bukan rezeki kitaorang nak tengok shark dan turtle haritu. Kitaorang kena satu trip dengan foreigner dari Jerman yang amik pakej lagi advance, ke Pulau Rawa. Ya Allah, sumpah view dia cantek giler kat Pulau Rawa. Pakej yang kitaorang amik murah je, tapi Allah bagi rezeki tersatu trip ngn foreigner ni, dapatlah kitaorang ke Pulau Rawa, pakej mahaiii tu. Hehehhe.
Ni lah foreigner dari German tu. Danke Schon ( terima kasih tauuu bagi kitaorang lawat Pulau Rawa heheh )
Perkara yang anda perlu tahu semasa snorkeling :
Kalau anda jenis rabun, takyah pakai lens atau cermin mata pun takpe masa snorkeling tu. Kalau pakai lens, air laut masin,masuk mata pedih. So nanti ada sewa mask yang ada power area rm 20rm 30 per person. So walaupun anda rabun, tetap boleh tengok ikan berenang dengan jelas. Just perlu prepare duit je k.
Seriously kalau ada peluang nak terjun kat laut tu, ko terjun je. Sebab setiap tempat, jenis ikan dia berbeza, coral dia berbeza, view dia berbeza. Lagi laut dalam, lagi cantik ikan dan coral dia.
Aku masa first point : takut air.
Second point : Excited.
Third point : Start mabuk laut ngn mengah hahahha.
Last point : Pening. Rasa macam dah taknak terjun dah, Tapi abang tu cakap rugi tak terjun kat laut dalam ni. Coral dia warna purple, aku pun terjun laaa hahah. Bayar mahal mahal, ko tak terjun buang duit jeee *berkira.
Kitaorang snorkeling dari 10 pagi sampai 2.30 pm. Then kitaorang lunch kat Pulau Kecik atau lebih femes dipanggil Kampung Nelayan. Kopok lekor sedappppp giler kat sana. Makan panas panas.
Selalunya Perhentian Kecil ni kawasan bagpackers. Mostly orang kat sini berniaga Keropok Lekor, Takoyaki, Coconut shake, Nasi berlauk. Harga makanan dia bagi aku okey je. Asalkan ko tak amik lebih lebih, range harga rm 10rm 15 je lah.
Aku amik nasi putih dan ikan bakar percik Rm 8,
Adek aku amik nasi putih,sotong , ikan dan air teh sejuk Rm 16.
Petang :
Kitaorang balik Flora Resort jam 4 petang. Mandi, solat, rehat. Pukul 6..15 petang pergi berkayak. Masa ni bergaduh ada, jerit ada, gelak ada. Yelah, aku mana reti berkayak, ko suruh aku handle kat depan. Memang la ke laut tengah je aku berkayak hahahha. I learn something masa berkayak ni :
"aku belajar that we can contro; our life. Sebab kita ni khalifah, kita boleh manage dunia kita. Macam masa berkayak ni, aku bagi arahan kayak ke kanan, kayak ke kiri, kayak lajulaju, reverse. Then finally kitaorang sampai ke final destination"Put Allah in our heart, find your purpose and work for it.
Malam :
Aktiviti bebas. Kitaorang tenangkan fikiran kat sini. Malam kat Pulau Perhentian ni memang sunyi. Masa siang je hidup. Memang sesuailah kalau anda ke Pulau Perhentian ni untuk cari KETENANGAN.Last day di Pulau Perhentian :
Sebelum balik, kitaorang decide nak pergi Jungle Tracking, Bermula dari Samudera Resort, berhenti kat Perhentian Island Resort. Jungle tracking paling sempoi sebab kitaorang pakai SELIPAR tauuu haha. Bawak air masak siap siap, memang haussssss. Kitaorang berjalan selama 30 minit. Korang jangan jalan sorangsorang tau, sebab track dia memang sunyi. Dia kalau ada orang serang atau binatang buas, samada ko boleh patah balik atau pecut ke depan. Tapi serious jangan pergi sorang sorang tau. SUNYI.
saja kasik gambar size LARGE hahahha. Sebab memang view dia cantek sangatttt, subhanallah.
Check out :
Kitaorang check out kul 11 pgi. Lepastu photoshoot lagi kat sekeliling resort. Kul 12 tga hari, kitaorang naik bot untuk pulang ke jeti.
Bila orang tanya " best ke Pulau Perhentian ?"
Saya akan jawab " best sangatttt. Orang selalu pergi untuk cari ketenangan. Kalau ko tu asyik kerja tak rehat langsung, pergilah bercuti di Pulau Perhentian k."
Thank you for reading. Jomlah Cuti Cuti Malaysia.
Baca entry ini tentang Program Kurus Herbalife.
BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Fb Page : Coach Nadiah
Instagram : coach_nadiahmahamood