Rabu, 13 Februari 2019

Review Hayyan Huda

7.1 haritu besday mak aku. Family aku ni jenis kalau ada besday sesiapa dalam family, mesti nak sambut. Simple pun simple la. Tapi tetap belikan kek, masak nasi arab, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng dan macam-macam lagi. Memang akan sambut. Yang tukang masaknya mak aku la. Kitaorang tukang potong bawang dan ambilkan gambar je hehe.

Tetiba satu haritu mak aku buat ayat sentap. Dia cakap : 'masa besday ibu, takde siapa sambut pun. Semua macam lupa jeee"

Aku tahu lah mak aku tengah bagi hint yang dia terasa. Tapi sumpah kitaorang tak tahu la pulak dia terasa. Sebab besday mak aku 7.1. Masa tu kan dah naik sekolah. Semua dah kerja. Memang wish kat group wassap jela.

Lepas je mak aku cakap macam tu, aku bertekad nak sambut besday mak aku la tahun 2019 ni. So aku search kat instagram, jumpa la satu IG ni namanya HAYYAN HUDA. Rupanya ni kedai makan masterchef Ezani Monoto, idola aku tuuuu. Survey punya survey, dia bukak Sabtu Ahad je. So memang dah cun la. Weekend jela kitaorang boleh kumpul. Pastu kena book awal. Sebab kedai ni memang ramai giler orang datang. Kalau family ramai, better book dulu k.

Kalau nak tempah kek siap2 pun boleh je. Ezani Monoto tu yang akan buat. Boleh request nak kek apa.

Untuk pengetahuan korang, Kedai makan Hayyan Huda ni ada sediakan Desserts dan Masakan nogori Sembilan tau. Masak lomak cili api, sambal petai, sup ayam kampung, semua ada. Masakan orang kampung. Memang sedap !

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.

Reveiw Hayyan Huda

Datang-datang je terus serbu dessert haha. Taraaa. Sedap Croissant ni. Makan dengan Jem.

Reveiw Hayyan Huda

Pavlova dia pun sedap !

Reveiw Hayyan Huda

Kitaorang tak amik sebiji kek. Tapi nak rasa kek lain2. So ambil la satu slice kek yang berbeza. Harga untuk 11 slice ni rm 120 haha. Oke la. Berbaloi makan dengan harganya. Sedap sebab Ezani Monoto tu yang buat la of kos !

Reveiw Hayyan Huda

Dream Come true weeiiii. Jumpa Ezani Monoto. Dia yang tolong servekan kek kitaorang.

Reveiw Hayyan Huda

Kedai ni guna pinggan vintage. Memang mengimbau kenangan zaman kecik2 la. 
Pucuk ubi ada, ambal petai ada, ayam kampung ada, daging salai ada. Memang bestlah ! Highy recommended !

Reveiw Hayyan Huda

Amik gambar sebelum makan. Muka semua dah lapar tu haha.

Reveiw Hayyan Huda

Last sekali, sambut besday mak aku. Selamat hari jadi Ibu. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang baik, luas dan diberkati. Ameen,

So far best la kedai makan Hayyan Huda ni. Lauk dia memang best. Harga pun oke la, kalau amik banyak sangat, harga mahal la. Tapi kalau makan ikut kepala, tak mahal sangat pun.

Good price, good place and good food. Jemput datang ke Hayyan Huda ! :)

========================================================================

Berminat untuk sertai Program Kurus 30 Hari ? KLIK SINI





Pengalaman Scaling Gigi

Lama sangat aku tak scaling gigi. Rasanya last masa form 3 dulu kot haha. Bertahun sudah berlalu. Then aku pulak ada sorang kawan yang dentist jugak. Namanya Liana Melan. Dia selalu jemput aku datang pergi rumah sewa dia kat Muadzam, Pahang. Sebab dia cakap klinik dia patient tak ramai, suruh aku check gigi situ.

Aku ni duduk Muar, memang jauhla nak ke Muadzam haha. Tapi disebabkan menggedik saja nak explore Muadzam, aku pun pergi la jugak turun Muadzam.

Sehari sebelum scaling gigi, aku tak makan benda merapek. Sebab risau kang ada daging kambing terselit kat gigi aku masa Yana check nanti. Malu aku dengan Dr Yana kang. Sampai bila-bila dia teringat haha ( padahal benda ni dia dah biasa buat la, tengok gigi orang. Aku je yang overthinking )

Isnin pagi pergi la Klinik kesihatan Muadzam, acah-acah buat appointment dengan Dr Yana ( padahal dah pakat lama dah ). Pastu aku masuk dalam Operation Room. Bermulalah sesi check gigi. Seramnya !

Dr Yana cakap : "Gigi ko oke je. Lubang dulu-dulu dah kena timbus. So sekarang dah takde gigi berlubang. Harini aku scaling je la'

Aku pun angguk-angguk. Buat jela apa yang kau nak buat Yana. Asalkan gigi aku bersih bersinar ececeh.

Lepas 20 minit....Yana cakap, "oke done scaling" !

Dia suruh aku kumur. Memang keluar semua plak gigi, taik gigi semua la. Gigi aku rasa rompong sekejap. Haha.

Sepanjang scaling tu, aku rasa la gigi aku ngilu. Sebab dia memang bersihkan celah-celah gigi. Nasib baik ada mesin penyedut air liur. Kalau tak, memang tersedak aku telan taik gigi aku hahaha.


Muka happy lepas scaling gigi. Yana cakap, aku just perlu scaling gigi setahun sekali je. Sebab gigi aku dah oke. Alhamdulilah. Happy aku dengar hehe. Thanks Yana !

Tips Jaga Gigi  (share sebab dulu nak jadi Doktor gigi. Tapi sebab tak jadi Doktor Gigi, aku sangat passionate jaga gigi oke ! Biar aku share tips )


1. WAJIB gosok gigi setiap hari. Waktu wajib : Bangun pagi dan sebelum tidur. Jangan tidur selagi tak gosok gigi. That's my rule.

2. Guna berus gigi yang sesuai dan bersih. Setiap 3 bulan, tukar la berus gigi. Jangan guna berus gigi yang kembang ye. Sebab bila berus tu dah kembang, dia pun tak boleh berfungsi effective sangat. 

Haaa itu je 2 tips jaga gigi yang aku nak share. Siapa kata nak jaga gigi ni susah kan ? Korang ada tips lain nak jaga gigi tak ? :)

Berminat ingin tahu Program Kurus 30 Hari Herbalife ?  KLIK SINI