Ahad, 10 November 2019

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah : Part 1

Pengalaman pertama kali mengerjakan umrah ? Sebelum berangkat saya rasa sangat teruja dan risau. Teruja sebab first time nak tengok Kaabah. Risau sebab first time nak pergi kan, risau tak cukup preparation ke apa. Tapi jangan risau la, bila niat kita baik, Allah akan permudahkan je urusan kita nak berangkat. Doa banyak-banyak :)

Saya pergi ke umrah pada 24 October 2019-4 November 2019 menggunakan pakej Tiram Travel.
Saya bergerak ke Mekah dahulu baru ke Madinah.

Saya menaiki pesawat Air Asia X. Sampai je kat air port Jeddah, kami terus naik bas untuk ke Taif.
Taif kawasannya sangat subur dan banyak buah-buahan.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Nasi Arab di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Jus Mangga di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di sekitar perkampungan Ibnu Abbas di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Buah-buahan segar di Taif






Mindset and preparation sebelum ke Umrah

1. Banyakkan solat taubat dan istighfar.
- Kita manusia tak terlepas daripada dosa samada sengaja atau tidak. So sebelum berangkat ke umrah lagi, biasakan diri memohon ampun daripada Allah. Nanti bila dah sampai sana, just terus konsisten je mintak ampun kat Allah dan banyakkan berdoa. Salah satu reason kita nak ke Umrah adalah nak mohon ampun daripada Allah. Bila dosa dah terampun, hidup kita akan penuh dengan keberkatan. So, kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Sebab tu sangat penting untuk kita selalu mohon ampun daripada Allah. Semoga doa kita yang baik-baik Allah makbulkan. Apatah lagi kita berdoa di tempat yang penuh keberkatan. Semoga doa kita dimakbulkan Allah. 

2. Bersenam.
-Umrah ni memerlukan kekuatan fizikal yang luar biasa tau. Bermula dengan miqat, lepastu tawaf pusing Kaabah sebanyak 7 kali, lepastu sambung dengan saie sebanyak 7 kali, lepastu balik hotel. Kalau hotel dekat dengan Masjidil Haram, alhamdulillah. Kalau yang jauh, memang kena kuat semangat nak jalan kaki balik hotel.

So sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah, rajinkan diri buat senaman. Kalau suka berjoging lagi bagus. Dapat tingkatkan stamina dan kuatkan otot kaki. So bila dah sampai sana, takdelah badan terkejut nak buat aktiviti fizikal yang banyak kan.

3. Niat nak pergi Mekah dan Madinah untuk beribadah.
- Bagi saya ia sangat penting. Sebab nanti bila sampai sana, kita akan sangat letih sebab waktu kat Mekah dan Madinah adalah lambat 5 jam dari Malaysia.

Contohnya kat Mekah waktu Isyak dia pukul 7 malam, tapi kalau kat Malaysia, waktu 7 malam di Mekah tu adalah 11 malam waktu Malaysia. Memang mengantuk ! Kalau hati tak kental, memang boleh tertidur time sujud ( saya lah tu haha ). So mujahadah memang kena sangat sangat kuat. Tak boleh layan sangat rasa mengantuk dan penat tu. Kalau penat, boleh recharge dengan air zam zam yang ada kat Masjidil Haram.

4. Banyakkan berdoa supaya dijemput menjadi Tetamu Istimewa Allah
- Bagi saya doa supaya dijemput untuk menjadi tetamu istimewa ni sangat penting. Alhamdulillah Allah permudahkan sangat-sangat urusan kami sekeluarga.  

Bermula dari penginapan, urusan ibadah kat sana, kesihatan dan sampailah pulang ke Malaysia, Allah permudahkan sangat-sangat.

So anda pun boleh doa daripada sekarang untuk menjadi tetamu Allah yang sangat sangat sangat istimewa. Allah nak kabulkan mengikut cara Allah. Mungkin cara saya menjadi tetamu Alllah berbeza, anda pun berbeza.Lain orang lain pengalamannya. Yang pasti, bila kita menjadi tetamu Allah yang sangat istimewa, banyak urusan kita akan dipermudahkan. So doa tau !



Niat Miqat di Qarnul Mananzil

Oke, lepas berjalan-jalan di Taif, kami berniat ihram dan solat Maghrib jamak sekali dengan isyak di Qarnul Mananzil. Hati dah berdebar-debar ni sebab kejap je lagi nak nampak Kaabah depan mata.

Lepas je niat ihram, bas pun bergerak ke Masjidil Haram, sepanjang dalam perjalanan tu, kami pun bertalbiah ramai-ramai. 

Oke, dah sampai. Kami check in bilik, malam tu jugak kami terus buat umrah. First time nampak kaabah depan mata, memang nangis tak henti-henti la. Mula-mula saya risau jugak, risau tak nampak Kaabah sebab rasa diri ni banyak dosa ( ada ke patut fikir macam tu kan, adoiii. Allah tu kan maha baik ) Alhamdulillah saya nampak Kaabah !

So selesai tawaf keliling Kaabah 7 pusingan, memang rasa sangat haus dan penat. Lepastu saya rehat sekejap minum air zam zam yang disediakan kat laluan untuk ke Saie. Pergh, rasa dia memang sangat refreshing !!! Nikmat dunia sungguh.

Lepas minum air zam zam, sambung pulak untuk Saie dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali. Tempat dia sangat nyaman dan air cond. Memang selesa walaupun kena jalan jauh.

Selesai Saie, saya bertahlul dengan potong 3 helai rambut. Jangan lupa bawak gunting ya.
Selesai tahlul, alhamdulillah selesai umrah pertama saya. Syukur Allah permudahkan.

Lepas selesai umrah, minum air zam zam dekat kawasan saie tu. Sambil teguk air zam zam, sambil bayangkan betapa susahnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwa masa berusaha nak cari air untuk anaknya Ismail. Jauh tau. Dalam keadaan panas terik, bumi kering kontang, tapi Allah berikaan kekuatan kepada Siti Hajar untuk berusaha. Dari usaha itulah, Allah pancarkan air zam zam yang tak henti-henti mengalir. Yang bermanfaat untuk seluruh umat Islam sekarang ni. Masha'Allah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Melihat Kaabah dengan mata sendiri buat kali pertama. Memang menangis dan sayu. Terima kasih Allah menjemput saya dan kedua ibu bapa saya untuk menunaikan umrah pada tahun ini. Alhamdulillah syukur.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Selesai Umrah pertama. Alhamdulillah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di bukit Marwa. Bukit ni boleh pijak, batunya berwarna hitam. Letih betis bila bersaie, urut-urut la kat bukit Marwa ni bila dah selesai tahlul semua. 

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Bersama ibu saya. Baru selesai umrah pertama.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Ibu dan ayah saya. 

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Minum air zam zam selepas selesai umrah.



Melawat Clock Tower

Alang-alang duduk di Hotel Safwa, so saya dan ibu saya decide untuk naik ke Clock Tower, nak tengok Kaabah dari view atas. Dan nak tengok apa sebenarnya yang ada dalam Menara Jam ni. Oh rupanya dalam Menara Jam ni ada info tentang bulan, matahari, planet dan alam semesta. Bangunan ni terbahagi kepada banyak tingkat dan setiap tingkat dia ada ceritakan tentang alam semesta mengikut kategori.

Ada cerita tentang planet, bintang, masa, jam, minit, buruj dan banyak lagi. Saya pergi pada waktu malam, so dapatlah tengok Kaabah dari view atas. Masha'Allah memang sangat bercahaya.

Fees masuk Clock Tower ni adalah rm 150 per person ya. Better datang pada waktu malam sebab waktu tu dapat tengok Mekah dari atas dengan sangat bercahaya. Sangat sangat cantek. Sila pergi ya !

Clock tower = Menara Jam. Jangan konfius tau. Nama sama je diaorang ni. Cuma satu bahasa inggeris, satu lagi bahasa Melayu hehe.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Clock Tower dari luar. Bangunan ni sangat femes di Mekah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Remote aka translater bila masuk Clock Tower ni. Disebabkan iols ni orang Malaysia, so dia bagi translator orang Indonesia ya. Takpelah dong hehe.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Replika menara jam.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Dari view atas. Dapat tengok keseluruhan Mekah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Dapat tengok Masjidil Haram daripada atas. Sangat-sangat bercahaya dan cantik masha'Allah. Precious view. 






Melawat Gua Thur dan Jabal Rahmah


Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah




Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di puncak Jabal Rahmah. 



Doa Jodoh yang saya selalu repeat adalah ;

Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a’yun, waja’alna lil muttaqina imama.

" Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." 

Doa yang terbaik adalah daripada Al Quran dan Rasulullah sendiri. So, jomlah amalkan doa ni :)

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Ais Krim kat Jabal Rahmah ni sedap, dia halus-halus je rasa dia. Harga dia 5 riyal, area rm 6. Sila beli ya !

Selepas 6 hari berada di Mekah, ready untuk tawaf wida'

Hati memang sayu nak tinggalkan Mekah. Tapi masa ni tak sabar jugak, sebab nak pergi Madinah kan. Nak masuk Raudah dan nak jumpa Rasulullah. So mix feeling di situ.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Saya stay di Hotel Safwa, memang betul-betul depan Masjidil Haram. Turun je hotel, jalan 50m, terus masuk Masjidil Haram di pintu gate 94.

Oh ya, saya ni merupakan Coach Herbalife ya. Kepakaran saya adalah mebantu WANITA turun berat badan dengan MUDAH, BAHAGIA dan tanpa stress.

Info lanjut tentang Produk Herbalife ? KLIK


Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Subuh terakhir di Mekah. Sayu je rasa. Semoga Allah jemput lagi untuk beribadah di sini ameen.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di luar Masjidil Haram.

Doa saya sebelum meninggalkan Mekah :

"Ya Allah, janganlah Kau jadikkan kunjungan ini kunjungan terkahir bagi kami. Ya Allah, kau jemputlah kami untuk datang mengunjungi rumahMu lagi.

Semoga di masa akan datang, Engkau menjemput kami,keluarga kami, sahabat dan saudara mara kami, zuriat keturunan kami ke tanah suci. Untuk tunaikan haji dan umrah. Ameen"

Sekian coretan umrah pertama saya....

Bagi saya bila pergi umrah ni, bukan macam kita melancong ke luar negara. Kita fikir fun fun je, nak membeli-belah je. Pergi tempat menarik, amik gambar dan post kat social media.  Bila tunaikan umrah, it's more than that.  

Of kosla kita boleh je amik gambar dan post kat social media untuk berkongsi kat kawan-kawan, you all jangan salah faham pulak ( saya pun buat macam tu. Boleh check it out my instagram coach_nadiahmahamood

Maksud saya kat sini, bila tunaikan umrah, it's more than just nak melancong. Kita nak BERIBADAH, di samping nak kenal Allah dan sejarah Rasulullah dengan lebih dekat. Kita nak tingkatkan penghayatan kita terhadap Islam dengan lebih mendalam. So niat kena betul.Kita mengerjakan umrah, kita kena patuh segala pantang larang semasa ihram, kita terpaksa berjihad melawan hawa nafsu.

Sebab ada je waktu yang kita rasa malas nak pergi masjid sebab penat. Kalau penat, rehatlah kejap. Tapi jangan lepaskan peluang untuk solat jemaah setiap waktu sepanjang berada di Masjidil Haram. Bila kita kat sana, bersungguh-sungguhla gunakan peluang yang Allah bagi itu.

Kita pun tak pasti bila lagi kita akan ke Mekah kan. So peluang yang ada ni, jangan sia-siakan. Bila kita dah ada kat Mekah, maksudnya kita dapat jemputan daripada Allah. Marilah jadik tetamu Allah yang bersyukur.


Sekian sharing Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah. Tunggu pengalaman pertama kali mengerjakan umrah Part 2 nanti ya. Ia berkisar di Madinah pulak. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga anda dijemput untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Doakan saya jugak ye untuk dapat tunaikan haji dan umrah lagi ! Ameen.


Sebelum tu, jangan lupa doa semoga segala ibadah dan umrah yang kita buat ini diterima Allah. Baru saya faham kenapa orang selalu wish : semoga mendapat umrah yang makbul. Sebab nak buat umrah ni sendiri ada proses, pantang larang yang perlu kita patuhi. Mujahadah la paling penting sekali. So sebab tu kena doa, semoga segala ibadah kita di Mekah ini diterima Allah. Semoga kita diampunkan dosa. Semoga segala susah payah kita lakukan umrah ini, diterima Allah. Allah bimbing jadi orang yang baik bila balik Malaysia nanti. Semoga kita istiqamah. Ameen. 

Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa. Saya tulis daripada hati, so memang semangat sharing. Semoga bermanfaat !

Baca lagi : TIPS SUCI DARIPADA HADAS HAID SEMASA UMRAH. KLIK  













Khamis, 7 November 2019

Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah

Saya menunaikan umrah pertama kali pada 24 October 2019 - 4 November 2019. Saya menggunakan pakej Tiram Travel. Best ke pakej Tiram Travel ? Bagi saya sangat best. Sebab Tiram Travel menawarkan harga yang berpatutan, hotel di Mekah dan Madinah pulak sangat dekat.

Di Mekah saya duduk di Hotel Safwa, 50 meter sahaja untuk ke Masjidil Haram. Turun hotel, jalan 50 m, lepastu terus masuk ke Masjidil Haram di gate 94.

Di Madinah pulak, saya stay di hotel Al Ansar Palace. Berjalan 150 m, terus sampai ke Masjid Nabawi. Bagi saya sangat dekat dan mudah.

So saya bagi 5 bintang untuk servis, pengangkutan dan penginapan daripada Tiram Travel.

Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah


Tips Suci daripada Hadas Haid semasa mengerjakan umrah.

Saya berkongsi berdasarkan pengalaman  ye sebab saya tak ambil pil untuk tahan period. Itu pilihan masing-masing untuk ambil atau tak. Dan saya memilih untuk TAK AMBIL pil tahan period.

Berikut tips yang saya amalkan 6 bulan sebelum mengerjakan umrah :

1. JAGA PEMAKANAN

Sebab saya nak suci daripada hadas haid masa 24 Oct-4 Nov ( waktu tersebut mmg saya suci sepatutnya kalau ikut kitaran haid ), saya memang cuba terbaik makan makanan sihat on daily basis. Dan alhamdulillah saya memang suka pemakanan yang sihat pun since i'm Coach herbalife. So tentang pemakanan sihat saya memang dah expert.

No junk food, no meggi, no sosej, no fast food, makanan dan minuman bergula memang saya kurangkan. Sebab saya nak kitaran darah haid saya keluar secara normal. Kalau saya tidak jaga pemakanan, ada kemungkinan kitaran haid akan terganggu ( terkeluar awal atau terlewat dari sepatutnya ). So jagalah pemakanan sebaiknya ya.

2. KURANGKAN AKTIVITI LASAK 

Sebulan sebelum berangkat, kalau boleh elakkan senaman yang hard core. Buat light light je boleh la macam brisk walk. Sebab kalau buat aktiviti yang sangat lasak, risau darah haid terkeluar awal dari tarikh yang sepatutnya. Kalau terkeluar awal, dah susah untuk kita kira hari suci dan tak suci. So buat senaman yang light-light je sebulan sebelum fly. Lepas balik umrah nanti, sambung la workout sepenuh hati ya.

3. DOA

Sebenarnya ada doa yang standard, anda boleh cari di google atau buku. Tapi saya doa secara spesifik setiap hari sebab nak doa dari hati kan. Ini yang saya sentiasa doa setiap kali selepas sembahyang :

" Ya Allah, sucikanlah aku daripada hadas haid sepanjang aku berada di Mekah dan Madinah sampailah aku pulang ke Malaysia'

atau 

"Ya Allah, semoga kau izinkan aku untuk solat berjemaah setiap waktu di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi nanti"

Saya doa secara spesifik supaya lebih faham dan ingat. Bila kerisauan melanda je ( risau tetiba period time kat tanah suci ), saya cepat-cepat istighfar dan repeat doa ni. Sampai penat hehe. Tapi  memang tak pernah tinggal doa ni la even dah sampai Mekah dan Madinah pun. 

4. MINUM AIR ZAM ZAM dan NIAT.

Minum air zam zam ni banyak kebaikannya. Salah satunya boleh mohon segala apa hajat di hati sebelum minum. 30 hari sebelum saya mengerjakan umrah, saya minum air zam zam setiap hari sambil niat :

" Ya Allah, kau sucikanlah aku daripada hadas haid sepanjang aku berada di Mekah, Madinah sampailah aku pulang ke Malaysia'

Doa kena yakin.

5. Pilihla tarikh mengerjakan umrah yang anda yakin SUCI daripada hadas haid.

Ini paling penting. Anda kena la pilih tarikh yang memang betul-betul anda suci masa nak kerjakan umrah tu. Jangan la pilih tarikh yang anda rasa masa tu anda period. 

Macam mana nak tahu ? Itu kena kira sendiri.

Setiap kali datang period, SILA CATAT hari pertama anda datang bulan tu di kalender ya.
Then untuk bulan depannya, selalunya tarikh dia akan awal 2 hari dari tarikh bulan ni.

Contohnya : hari pertama anda period masa October adalah 10 October.
So dijangka anda akan period pada bulan November adalah 7 November.

So kena kira betul-betul. Duduk dengan tenang dan kira. Kalau tak reti, boleh kira dengan orang yang reti nak kira tarikh period ni. Ataupun boleh pergi jumpa doktor, kira sama-sama dengan doktor.

PASTIKAN KIRA TARIKH ANDA SUCI DAN TAK SUCI DARIPADA HAID  DENGAN TELITI dan BETUL ya.

==============================================================================

Saya decide untuk tidak amik pil tahan period. So saya memang jaga segala tips yang saya share di atas. Dan alhamdulillah, saya memang suci daripada hadas haid sepanjang saya berada di Mekah, Madinah sampailah pulang ke Malaysia. 

Pada mulanya saya pilih tarikh untuk fly pada 3 November, tapi lepas kira-kira tarikh period, waktu tersebut saya dijangka akan period masa kat Madinah nanti.

So saya tukar tarikh yang lebih awal untuk fly iaitu pada 24 October. Sebab tu saya nasihatkan, jika anda tak nak amik pil tahan period semasa tunaikan umrah, anda kena buat homework KIRA TARIKH PERIOD anda dengan teliti. Kena nampak dengan jelas, berapa haribulan anda akan suci, berapa haribulan anda dijangka akan period.

KENA KIRA ye. Jangan malas nak kira. Sebab bukannya senang ada peluang untuk kita tunaikan umrah. Sometimes ada duit, tapi masa tak izinkan. So alang-alang nak pergi tunaikan umrah ni, RANCANG waktu suci anda sebaiknya supaya dapat beribadah sebanyak mungkin di Mekah dan Madinah.

DISCLAIMER : Ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin sesuai untuk anda, dan mungkin jugak tidak sesuai untuk anda.  So anda ambil la mana yang anda rasa serasi untuk anda amalkan ya.

Sekian sharing Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah. Nantikan sharing  pertama kali saya mengerjakan umrah di entri seterusnya ya.


======================================================================

BACA LAGI :