Rabu, 11 Mac 2020

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Hai guys, harini saya nak berkongsi review dan aktiviti yang boleh dibuat bila anda bercuti di Taman Negara Pahang. Untuk anda yang suka Flora dan Fauna dan buat benda adventure macam hiking dan naik bot, bolehla datang sini. Memang sesuai untuk anda hehe.


Contact number untuk tempah aktiviti di Taman Negara Pahang : Mr Joe, 017 522 3518
( so  sepanjang aktiviti kitaorang kat Taman Negara ni, diuruskan oleh Mr Joe ni. Senang kerja takyah pening kepala hehe. Aktiviti pulak best2. Nanti saya share lebih lanjut ya )


Cara nak ke Taman Negara Pahang dari Kuala Lumpur ( jalan darat )

Kitaorang pergi naik kereta, taip je kat Waze/ Google Maps : Mutiara Taman Negara.

Amik masa 3-4 jam jika gerak dari KL. Kalau takde berhenti mana2, 3 jam dah sampai. Haritu kitaorang gerak kul 1 petang, singgah solat kat RnR Seri Kembangan dan isi minyak kat Jerantut, so sampai Taman Negara ni pukul 6 petang. So okey la, takdelah sampai sana malam kan hehe. 

KL -> Lebuhraya Pantai Timur -> Exit Temerloh -> Jerantut  -> Taman Negara.

Tapi takyah risau pape pun, ikut waze je pun iAllah sampai Taman Negara Pahang ni. Drive safely ya.

Nanti anda boleh parking kereta di tempat letak kereta Taman Negara. Rm 10 per night.

Check in Mutiara Taman Negara

Mutiara Taman Negara ni nama chalet yang kitaorang menginap. Boleh tempah sendiri kat Agoda/Booking.com. Recommended la chalet ni sebab memang bersih, betul2 nature dan siap sediakan breakfast dan dinner tau. So memang RECOMMENDED untuk anda stay di Mutiara Taman Negara ni. Kami stay di sini selama 3 hari 2 malam.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Lepas parking kereta, kena naik bot untuk ke Taman Negara. Bayar RM 1. Ingatkan jauh, rupanya seberang je dari tempat letak kereta tu dengan Taman Negara. Sentiasa available bot ni. Malam saya tak sure sampai pukul berapa ada. Tapi memang sentiasa ada jee.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Port wajib amik gambar bila sampai Taman Negara Pahang. Kat sebelah kiri bahagian tangga besar tu.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Nama chalet kitaorang : Mutiara Taman Negara.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Check in bilik. Cantek kan ? Nature gittew.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Makanan kat Mutiara Taman Negara pun sedap2. Wajib cuba Sambal Tempoyak dan Sambal Hitam dia ! Siap untuk breakfast dan dinner.  Lunch je tak disediakan. Banyak kedai makan kat area Taman Negara ni. 

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang


Aktiviti menarik di Taman Negara Pahang :

Aktiviti kami ni diuruskan oleh Mr Joe, so kami just perlu ikut je intineri yang disediakan. Takyah pening kepala nak fikir aktiviti apa nak buat hehe. Yang penting masa korang memang terisi lah sepanjang berada di Taman Negara ni. Good job team Mr Joe !

1. Night Walk

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Bila kali terakhir you all masuk hutan time malam2 ? Saya masa tingkatan 4 heheh. So kalini kitaorang experience lagi sekali masuk hutan malam-malam. Tengok pokok dan haiwan secara direct. 
Ada jumpa ular daun, babi hutan, kalajengking, ulat gonggok besarrr. Banyak lagi la. Nanti ada tour guide yang akan guide. 

TIPS PENTING : 

1. Bawak Torch Light 

2. Pakai Sport Shoes

2. Lawatan ke Perkampungan Orang Asli


Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Untuk ke perkampungan orang asli ni, kena naik bot. Time kitaorang pergi ni, hujan lebat. Tapi misi diteruskan jugak ! Wahhh best giler naik bot ni time hujan2 hahaha. Kena pulak dengan air Sungai Tembeling ni, memang experience nature habislah !

Tour guide kitaorang ni pulak sambil bercerita pasal Taman Negara, sambil simbah air sungai kat kitaorang cehhh. Memang basah lencun la bila sampai kat perkampungan orang asli tu haha. Tapi serious enjoy ! Amik masa dalam 20 minit jugaklah nak ke perkampungan orang asli tu. Bestttttttttttttttttt.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Check in perkampungan orang asli Taman Negara Pahang.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Ada jual kraftangan jugak buatan sendiri. Range harga rm 10- rm 20.

TIPS PENTING :

1. Bawak jajan or makanan ringan untuk bermesra2 dengan orang asli di sini. Kalau tak, diaorang malu2 nak amik gambar dengan you all hehe.

2. Pakai kasut kalis air sebab mmg confirm basah bila naik bot tu. Crocs or selipar should be oke.

3. Jungle Tracking dan Hiking di Bukit Teresek.

Petangnya pulak tour guide kitaorang bawak pergi jungle tracking, berkenalan dengan Flora and Fauna. Selama ni tengok tumbuh-tumbuhan ni kat dalam kamus je kan, haaa kali ni kita tengok dengan mata sendiri. REAL EXPERIENCE !

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Nama pokok ni Liana. Menjalar ke atas.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Namapak macam bercahaya kan daun ni ? Cuba teka apa nama daun ni ?

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Actually sambil Jungle Tracking tu, kita akan sampai puncak Bukit Teresek sekali. Penat memang penat la sebab kena mendaki kan. Tapi track dan jalan dia smooth jee. Just perlu stamina la kuat. Mental, fizikal, emosi kena kuat untuk sampai ke puncak Bukit Teresek ni. View dia cantekkk sangat bila sampai puncak masha'Allah.

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Amaizing view kan ? Masha'Allah.

TIPS PENTING :

1. Pakai sport shoes masa hiking ni demi keselamatn dan keselesaan kaki anda. Nak jalan jauh kan ? So pakailah kasut yang proper ye.

2. Bawak air mineral sebab memang konfem haus time mendaki tu.

3. Bawak la roti sikit in case lapar time hiking tu kan. 

4. Bawak beg pack time hiking ni. Senang dan selesa nak mendaki, semua benda letak dalam tu. Kalau bawak beg plastic je, risau monyet rampas makanan awak pulak nanti kang ! Haha.

4. Morning walk dan Canopy

Entry nak masuk : RM 5. Berbaloi naik Canopy Walk ni. Ni lah antara biggest attraction bila pergi Taman Negara Pahang. So, pastikan naik tau ! ( doa banyak2 masa time anda pergi ni cuaca baik sebab kalau hujan, Canopy Walk ni akan ditutup )

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Yey, check in Canopy Walk Taman Negara Pahang !

Review dan aktiviti Taman Negara Pahang

Serious penat giler time hiking ni, So saya memang bancuh siap2 Tea Mix dan Aloevera ni dengan air mineral. Ni adalah energy booster saya untuk menghabiskan misi mendaki di Taman Negara hehe.

Oh ya, sebelum tu nak perkenalkan diri saya.  Nama saya Coach Nadiah, saya merupakan Pengedar Herbalife Malaysia. 


====================================================

Sekian sharing saya tentang review dam aktiviti di Taman Negara Pahang. Untuk anda yang nak menikmati keindahan flora dan fauna dengan mata sendiri, WAJIB pergi ke sini tau. Serious anda takkan menyesal ! 

































View this post on Instagram

45 days to go until ramadhan. Let's focus on what really matters 😉 KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SURIKURUS ONLINE COACHING 📲011 1147 5950 ✔️ Turun 5-50 KG NOW ✔️ Group Coaching Wanita Sahaja ✔️Mealplan MUDAH untuk KURUS 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ! 📔E BOOK Resepi Sihat ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, Homework ✔️Reward ✔️ 100% ONLINE, MUDAH & BERKESAN ! 💯 Turun berat jika ikut guidelines TENTANG PROGRAM KAMI : ❌ Kurus Tanpa Stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap setiap hari ✔️ Boleh makan masakan melayu Start now 📲 011 1147 5950 30 DAYS TRIAL AVAILABLE ⚫️Herbalife Coach ⚫️Online Weight Loss Coaching, MUDAH dan BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #HerbalifeCoachMalaysia
A post shared by COACHING KURUS |HERBALIFE (@coach_nadiahmahamood) on

Tiada ulasan:

Catat Ulasan