#TIPS1 - Duit
Bawak duit siap siap dari darat sebelum naik Jeti kat Besut tu. Kat Pulau Perhentian tu takde mesin ATM, harap mak longggggg. Nanti ko ketip kuku jelah duit tak cukup nak bayar duit bot kalau tak cukup duit. Macam aku, ikut pakej. So fees untuk naik bot pegi dan balik dari jeti Besut ke Pulau Perhentian dah cover dalam pakej. Fees utk snorkeling pun dah include sekali.
Aku just prepare duit untuk lunch, dinner, duit boat nak pergi Pulau Kecil, Long Beach dan emergency.
Kalau korang stay kat Pulau Besar, harga makanan dia around rm 10-rm 15 per meal. Sekali dengan dinner, boleh la bajet rm 30 sehari untuk meal. Duit bot pulak selalunya rm 10 untuk sekali pergi. Patah balik, rm 10 lagi le. Pepandai ko la bajet. Kalau ada duit poket rm 100 kat sana, boleh je survive ( ini bagi orang yang dah ada tempat penginapan sbb aku ikut pakej )
#TIPS2 - Sunblock
*this product is not intended to diagnose or cure any disease.
Bawak Sunblock weiiii. Kalo ko sayang kulit, pakai Sunblock plis. Ko memang takkan sedar kulit ko dah gelap melainkan last day korang kat sana haha. Aku yang asyik tepek Sunblock pun masih hitam lagi, apatah lagi yang tak pakai sunblock. Silalah minimizekan kegelapan kulit anda dengan sunblock ye, kawan-kawan.
#TIPS3 - WaterProofPouch
*sorry gambo baju dgn produk Herbalife bergelimpangan kat belakang. Aku tengah packing barang masa ni haha.
Pasal waterproofpouch ni, korang kena amik yang betul-betul berkualiti dan TAK BOCOR. Bila beli, boleh try letak tisu dalam pouch ni, pastu rendam dalam air. Kalu tisu tu BASAH, waterproof pouch ko tu BOCOR lettew.
Tapi bagi aku, kalau ko nak beli pouch semata mata nak letak IPHONE ko dan nak amik gambo penyu dalam laut, baik takyah. Bahaya tauuuu. Sebab tkes aku, etiba pouch aku ni bocor masa aku tengah selam. Risau gilerrr aku tepon aku masuk air. Cepat cepat lap guna TShirt abang bawak bot ni. Fuhhhh, alhamdulillah selamat. Kalau takkkk, nangis sambil gesek biola la aku T_T
Kan sekarang ni ada kamera yang kalis air, haaa yang tu bolehh la. Guna yang tu okey. Kalau henpon ko memang tak kalis air, takyah la bawak selam sekali. Enjoy je la moment korang snorkeling. Selfie bila dah settle snorkeling.
Takpunnn, mintak tolong abang bot tu snapkan picture korang dari atas bot. Haaa, baru le selamat.
Ini adek aku yang tolong ambikkan dari atas bot. Senanggg, takyah risau henpon ko masuk air ke tak. Thank youuuu, Unaa.
#TIPS4-pakai BagPack atau beg jinjing.
Boleh kalau ko nak bawak beg roda, tapi kalau taknak letih seret beg kat pasir, bawak la begpack haha.
#TIPS5 - BAWAK SELIPAR
Bawak selipar. Berguna masa snorkeling dan mandi laut. Pasir memang akan melekat kat selipar, nak buat macam mana kannn. Haaa, bawak selipar okey.
Aku bawak sportshoes jugak. Nak guna masa jalan-jalan kat tempat lain macam kat long beach.
#TIPS6 - BAWAK MAKANAN.
Sarapan akuuuuu. *this product is not intended to diagnose or cure any disease.
amik from Google
Kalo nak jimat, beli makanan siap siap dari darat. Sebab harga makanan dia dua kali ganda dari harga biasa. Ko beli la roti, tuna, sardin, nutella, serunding sekaliAku siap bawak air mineral 6L dari jeti lagi. Yelahhhh, confirm haussss kalau tak cukup air. Dahle mahal kalau beli kat sana. So, ingat pesan aku niii. Bawak cukup makanan dan air yeee.
Sekian tips penting ke Pulau Perhentian. Next entry insha'Allah aku update tentang pakej, aktiviti dan pengalaman aku kat Pulau Perhentian pulak ye. Be prepared ! Thank you for reading :D
Boleh baca entry ni tentang Program Kurus Herbalife
BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?
Whatsapp 011 1147 5950
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
I'm Herbalife Malaysia Coach :)
Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Fb Page : Coach Nadiah & Coach Suri Kurus Fit
Instagram : coach_nadiahmahamood
Tiada ulasan:
Catat Ulasan