Isnin, 9 Oktober 2017

Lawatan Perkampungan Orang Asli, Tonggang, Perak

Aku baru balik dari lawatan perkampungan orang asli di Tonggang, Perak. Sebenarnya aku dah hampir 2 tahun tak masuk kampung orang asli. Last masuk kampung masa zaman belajar kat UIA Gombak laaa. Zaman first year second year hehe.

Pastu kawan aku, Nabila Haniff ajak aku masuk kampung orang asli. Aku pun alang alang tengah free masa weekend, terus kata 'ON". yelah, sebenarnya tengah cari tempat nak short vacay sebenarnya. So short vacay aku bulan ni adalah PALING JIMAT, bercotiii di perkampungan orang asli sambil nikmati alam semulajadi gitchewwww.

Perkampungan Orang Asli
Inilah dia orang yang berjaya influence aku masuk kampung orang asli haritu hahaha. Namanya Nabila Haniff. Geng makan, workout sometimes geng yang teman aku jumpa customer masa zaman belajar kat UIA Gombak dulu. Thank youuuu Nabila :D

Jumaat : 

Bertolak dari Muar. Aku naik bas pukul 12 tga hari. 

Perkampungan Orang Asli
Sempat lagi tu makan protein bar Herbalife dalam bas. Laparrrrr weii heheh. 

Aku sampai TBS area kul 2 ptg macam tu. Solat jappp pastu pergi HQ Herbalife kat Jalan Chulan. Hujan pulak masa tu, mmg basah kuyup la aku lari lari nak ke HQ. Lepastu pening kepala, rasa nak demam hahaha T_T demi coachee terchenta, aku rela korbankan diri hehe.

Perkampungan Orang Asli
Amik gambo ngn Abang Ronaldo jappp kat HQ.

Perkampungan Orang Asli

     Flavour yang paling disukai ramaiiiii. Shake Herbalife perisa Cookies & Cream. 

Lepastu aku layan kejap beli buku kat Kinokuniya. Dalam la grab buku terbaru Ustaz Hasrizal.

Malam pulak, member aku amik kat LRT Gombak. So kitaorang makan Tomyam, Otak-Otak, Nasi Goreng Pataya, Checken Chop sebelum bermalam kat UIA.

Perkampungan Orang Asli
Muka gembira bila jumpa makanan :P


Sabtu :

Okey, dah mula perjalanan hari pertama ke Kg Orang Asli di Tonggang, Perak. Sebelum tu, apapun kita minum shake ngn tea mix Herbalife dulu ;D

Produk Herbalife

Perjalanan nak ke Perak ambil masa 3 jam lebih. Sebelum tu, kitaorang singgah NSK ngn Econsave untuk beli barang basah. Nak masak masak kat rumah amek. Iyelahhh, takkan nak ziarah orang lenggang kangkung kann. Bawak la sikit buah tangan heheh.

Alhamdulillah sampai Tonggang, Perak pukul 3 petang.

Check in dulu rumak amek Nabila. Sebenarnya amek ni adalah ibu angkat Nabila masa program Comrade UIA beberapa tahun lepas. Relationship diaorang still bertahan sampai sekarang sebab amek ngn arwah apak dolu rajin tepon tanya khabar anak anak angkatnya.

Perkampungan Orang Asli
with Nini dan Azam.




Tujuan kitaorang ke Tonggang, Perak ni sebab nak ziarah family amek Nabila ni la. Suaminya ( ayah angkat Nabila ) baru meninggal beberapa hari lepas. So kami datang melawat untuk ucapkan takziahh.

Lepas dah check in, kitaorang lawat rumah amek dan apak angkat yang lain pulak.
Perkampungan Orang Asli


Lawat amek dan apak angkat Jai (yang baju biru tu ). Langkah kanan kitaorang wei. Datang datang je amek tengah uli tepung buat kuih lidah buaya ( sorry serious aku tak ingat apa nama kuih ni. Tapi licin jugekkkla kitaorang makan :p )

Perkampungan Orang Asli

                                    Rasanya nama dia kuih lidah buaya hahahaha. 


Lepastu ziarah amek dan apak angkat Yan pulakkk. 

Perkampungan Orang Asli

Perkampungan Orang Asli
Ini namanya Mia. Dia kata besar nanti nak jadi polis. Good luck Mia. ALways focus on what you want to be ;D


Lepas solat maghrib, makan makan terus tidooo hahhaa.

Ahad :

Perkampungan Orang Asli
Seperi biasa, pagi pagi mestilah minum shake Herbalife dan tea mix dulu. Banyak nak kena guna tenaga masa kat kampung ni. Bila pepagi badan dapat nutrisi, terus badan bertenaga hahhaha. Lepas minum shake dan tea mix, makan nasi goreng yang Nabila masak pulakkk. Amek kata dia rindu nak makan masakan Nabila. So Nabila pun masakkan lahhh.

Perkampungan Orang Asli

Nabilah ready nak masak nasi goreng. Aku rasa memula nasi goreng ni tawar. Pastu amek alter kot, letak garam ngn rencah sikit, terus nasi goreng jadi sedap. Hahahahha. Build it better, Nabila :p

Pukul 10 pagi, dah ready nak balik KL. 

Kitaorang amik gambo dulu yang terakhir kat kg ni. Sedih pulakkkkk nak balik tempat asal T-T

Perkampungan Orang Asli
#TeamRedahTonggang

Lepas dah ziarah kali terakhir dengan keluarga angkat memasing, kitaorang pun gerak balik ke KL. Alhamdulillah, takdelah jemmmm pun jalan. 3 jam dah sampi TBS. Aku nak balik Muar, Nabila nak balik Melaka. Yan ngn Jai nak balik UIA Gombak.





Amik gambo kat TBS sebelum memasing berpecah dengan haluan sendiri. Gaya macam nak naik flight tauuu padahal naik bas Mayang Sari je pun hahaha.

From this trip, I learn to see the world from different perspective. Even kehidupan mereka ringkas, makanan memang  :


"Asalkan ada kita bersyukur "
"baju asalkan bersih, kita pakai"

Memang kehidupan yang serba ringkas. But I can see love everywhere. Anak lelaki dan perempuan tolong mak masak kat dapur. Even masa kitaorang ziarah haritu, anak lelaki darjah 6 yang gorengkan jemput jemput :O

Moga Allah terus rahmati seluruh keluarga orang asli di Tonggang, Perak. Jumpa lagi lain waktu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan