Isnin, 22 Januari 2018

Pakej Murah Bandung Termasuk Flight ( Tips Pertama kali ke Bandung )

Nak share jela experience aku ke Bandung dengan Pakej yang MURAH.  Termasuk ticket flight. Mana la tau ada orang macam aku jugak yang tercari - cari Pakej Murah Bandung Termasuk Flight kan. Harap entry ni membantu pencarian korang okeyyy :)


Aku buat tempahan pakej daripada :

Fb Page : https://www.facebook.com/vacationmurahgila/

Fb : https://www.facebook.com/syadiyah.yahya

PROMOSI PAKEJ BANDUNG 4H3M RM 669 WITH FLIGHT :

No need pasport for booking.

Booking Period : Selagi harga flight tidak berubah.
Travel period : Jan 2018 - Dis 2019

Group Campur ramai-ramai ( bawah 10 orang atau lebih )
If taknak group campur/Nak Date sendiri ( Private ) boleh je tapi harga lain heheh.

Dewasa 11 tahun dan keatas : Rm 669 ( Rm 381 Deposit )
Kanak2 4-10 tahun : Rm 659 ( Rm 381 Deposit )
Kanak 2-3 tahun : Rm 489 ( Rm 381 Deposit )
Kanak2 0-23 bulan : Rm 199 ( Rm 199 Deposit )

Harga Pakej Termasuk :

  • Tiket Flight pergi balik-KUL-BDP-KUL
  • Free 7 Kg hand carry cabin baggage ( max 1 cabin bag-must not exceed 56 cmx36 cmx23 cm & small bag must not exceed 40 cmx30cmx10 cm )
  • Hotel New Moon Light ( 1 star by Agoda/Setaraf untuk 4H3M
  • Breakfast 3x
  • Transport 4H3M
  • Mineral Water
  • Driver cum Tour Guide.
  • Tol + Minyak + Parking+ Tipping.
  • Airport Transfer.
  • Lawatan ke tempat menarik ( Tiket tak termasuk )
  • Tipping- If nak bagi pada driver pun takpe.

Harga TIDAK termasuk :

  • Insurans Flight (Travel ) - Rm 28 ( better amik )
  • Duit Poket/Shopping.
  • Makan tengah hari dan malam
  • Entrance Fees.
  • Airport Tax.
  • Luggage ( inform awal masa nak booking )
Okey, bagi aku Pakej bajet macam ni okey lah. Sebab aku first time ke luar negara dengan cara aku kena uruskan sendiri. Selalunya mintak tolong family atau kawan-kawan yang settlekan. So bagi budak baru belajar ni, better aku amik pakej yang sekali dengan flight semua. Nanti bila dah expert, boleh la arrange semua sendiri. So ikut mana yang korang selesa okeyy.


Pakej Murah Bandung Termasuk Flight ( Tips Pertama Kali ke Bandung )


Aktiviti 4H3M di Bandung :

Day 1 :   ( Memang Shopping aje ) Sebab nanti hari kedua.ketiga dan keempat kita akan banyak lawat tempat menarik.  So settlekan shopping dulu awal-awal masa hari pertama ni :





Bandung
Shopping kain. Siapa nak beli baju hantaran pun boleh beli kat sini.


Pasar Baru Bandung
Pekan Baru. Antara tempat shopping paling femes kat Bandung. Lebih 10 tingkat tau.

Bandung
Muka happy lepas makan bakso.

Bandung
Makan Bakso yang ala ala Chicken Chop. 

Day 2 :

Dah start best la sebab kitaorang lawat tempat femes kat Bandung ni.






Bandung
Petik Buah Stroberi. Udara segar, tanah subur, memang gebu gebas la stroberi ni hehe.

Kawah Putih
Kawah Putih. Memang WAJIB pergi sini if korang kat Bandung. Sejukkk, cantik sangat kawah ni, Macam ada salji. View pulak cantik untuk photoshoot. 

Kawah Putih
View dari atas Kawah Putih. Siapa la paling excited tu haha.

Bandung
Lepastu pergi Ladang Teh. Ada Arnab sekali kat sini. Udara memang segar betul kat sini.

P/S : Untuk hari kedua ni, ada ENTRANCE FEES tau.

Kawah Putih : 20 000 Rupiah
Average Makan lunch dan dinner : 300 000 Rupiah ( untuk 5 orang )
20 000 Rupiah = Rm 6 lebihhh. So make sure bawak duit poket siap siap tau.

Day 3 : 

Day 3 ni besttttt sebab kitaorang banyak pergi tempat nature. Berapa ratus keping gambar kitaorang snap entah hahha.

The Lodge Maribaya
Dekat The Lodge Maribaya. 

Seriously memang tempat dia cantik sangat masha'Allah. Sbb view dia memang gunung-ganang, pokok pokok. Amik gambar pun cantik. Ada banyak aktiviti korang boleh buat kat sini. Antara yang femes, orang datang sini nak amik Photo Spot berlatar belakangkan pemandangan cantik termasuk lah kitaorang hahah. 

Fees masuk ke The Lodge Maribaya : 25 000 Rupiah

The Lodge Maribaya

Tiket masuk The Sky Tree 30 000 Rupiah

The Lodge Maribaya

Tiket masuk Zip Bike 20 000 Rupiah

The Lodge Maribaya

Tiket Masuk Mountain Swing 20 000 Rupiah

P/s : Makesure bawak duit poket tau. Sebab rugi kalau tak try semua aktiviti kat The Lodge maribaya ni. Dah la datang Bandung seumur hidup sekali. Hahah. Alang alang datang sini, cuba jelah semua aktiviti yang termampu okeh. 

Second station.... pergi Kopi Luak Cikole pulak. Antara Kopi TERMAHAL kat dunia. Tapi kita tak amik gambar pulak sepanjang kat sana hahah. Kat situ diterangkan macam mana proses buat Kopi. Daripada taik musang, boleh hasilkan kopi. macam mana ? Haaa itu kena pergi sini hehe. Tapi sedap jugak rasa Kopi Luak Cikole ni. 


Third station....... pergi Floating Market pulak. Memang best kat sini sbb ada banyak gerai terapung atas tasik. Nampak la suasana Pasar Terapung kat sini. Rasa macam masuk dunia lain kat Floating market ni. 

P/s : Fees masuk ke Floating Market area 25 000 Rupiah. 

Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Antaranya berkayak, makan makan, Swimming, Taman Bunga, Taman Arnab, Bagi makan biri-biri. Banyak lagiii la aktiviti best kat sini. If just datang nak rileks rileks tengok pemandagan tasik je pun bolehhh.

Floating Market Bandung
Di Pintu Gerbang Floating Market

Floating Market Bandung
Floating Market.

Floating Market Bandung
Perkampungan Jepun. Siap boleh pakai Kimono uols.

Floating Market Bandung
Fefeling bestfren. Padahal selalu gaduh hahahha. Love hate relationship with my adek :p

Floating Market Bandung
Penat jalan, rehat japp.

Last station untuk hari ketiga........ pergi ke FarmHouse. Korang kalau selalu tengok orang upload gambo Hobit kat Bandung tuuuu, sini lah tempatnya. Cuma kitaorang sampai sini masa maghrib so gambar pun tak berapa terang. So mampu rakam keindahan FarmHouse ni dengan mata sendiri jelahh haha. Sorry korang :p

P/s : Fees masuk ke Farm House area 20 000 Rupiah.
Pastu nak masuk Hobit House ni HARGA LAIN TAU. 20 000 Rupiah pulak haha.
Kalau taknak masuk pun takpe Hobit House ni tapi rugilahh sebab tak dapat feel life orang kerdil kann. Dalam dia pun cantik sangatt.

Farm House Bandung
Hobit House di Farm House

Farm House Bandung
Dalam Hobit House

Farm House Bandung

Farm House Bandung

Farm House Bandung

Pintu keluar Hobit House.

Day 4 : Kitaorang shopping telekung dan kain songket kat Pekan Baru, Pastu beli Cookies dan Perfume. Basicly last day ni last touch up untuk shopping la. Haaa sila la bawak duit untuk shopping ya ! hehe.

Sweet reminder.........

1. Better bawak siap siap ubat cirit birit, minyak angin,ubat demam dan selesema dari Malaysia. Sebab udara kat Bandung ni agak tak bersih. Memang senang demam dan cirit birit bagi sesiapa yang tak tahan ( akulah tuuuu T_T)

Aku ni pengguna Herbalife. So dari Malaysia aku bawak siap siap Produk Herbalife macam F1, Tea Mix, Aloe, Tc, Multivitamin. Sebab aku tahu masa travel ni makan tak menentu. So bila ada herbalife ni, terjaminlah badan aku cukup nutrisi sepanjang kat bandung ni iAllah.

Info lanjut tentang Produk Herbalife

2. Kat sini korang memang akan selalu disajikan dengan Ayam Penyet la, Ayam Brengsek Lada Hijau la. Memang sedappp sebab pedass. Tapi siapa tak tahan pedas, janganla makan banyak sangat. Nanti korang boleh kena cirit birit tau (saya lah tu T_T) 

Sedih sangatttttt sebab travel ni banyak jalan. Nak enjoy view, nak explore benda baru. Tapi aku pulak asyik cari toilet je kat setiap check point T_T.

3. Banyakkan minum air masak. Letak siap siap dalam beg.

Sekian sharing experience aku sepanjang kat Bandung. Bagi aku Pakej Murah Bandung yang aku amik daripada Golden Coral Services ni memang puas hati sangat. Even pakej murah, kitaorang tak ketinggalan lawat tempat yang best. Kira memang suggested untuk korang jugak. You still can enjoy Bandung with MINIMUM BUDGET okeyyy :)

Thank you for reading !

=====================================================================================

Saya merupakan Coach Herbalife. Boleh baca tentang Program Turun Berat Badan Herbalife di sini.

Berminat memulakan Program Turun Berat Badan Herbalife ?



Wassap 011 1147 5950

Wassap 011 1147 5950

Wassap 011 1147 5950

Follow Instagram : @coach_nadiahmahamood




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan