Isnin, 3 Februari 2020

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Assalamualaikum semua, harini saya nak share pengalaman saya bercuti ke Fraser Hill buat pertama kali. Haha. Excited nak share tuuu.

Selalu dengar Fraser Hill kan, lagi2 lepas tengok cerita Misteri Dilaila ( even saya tak tengok citer ni hehe ). Yelah, kan pengambaran citer tu kat Fraser Hill, so makin femes la tempat ni.

Secara jujurnya, memang pening dan mabuk nak naik ke Fraser Hill ni. Jalan dia berliku-liku tau. Siapa yang nak naik sorang2 ke Fraser Hill ni, better TAK PAYAH. Sebab jalan dia sangat sunyi. Maybe bila korang nak naik ke Fraser Hill ni, better konvoi ramai2. So at least takdelah sunyi sangat sepanjang perjalanan nak ke puncak tu.

MENTALLY PREPARED : Jalan berbukit bukau. Maybe anda akan experience mabuk, nak muntah, pening etc. 

So better la anda bawak siap2 minyak angin dan gula-gula hacks. Lepastu, kalau nak mebuang air kecil dan besar, better siap2 settlekan sebelum naik ke Fraser Hill ni. Sebab perjalanan nak naik dia adalah dalam 30-45 minit. Memang tak jumpa toilet haha.

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Lepas 45 minit berpening-pening kepala kat dalam kereta, alhamdulillah sampai jugak kitaorang kat puncak Fraser Hill ni ! Yeahhhh, tepuk tangan untuk diri sendiri hahaha.

Dah sampai puncak tu, anda akan jumpa tugu ni, so memang kena amik gambar ! Baru puas hati kan lepas penat2 naik hehe.

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Scenery dia kat atas ni memang cantik la masha'Allah. Sejuk jee macam kat Cameron Highland. Tapi saya rasa Fraser Hill lagi sejuk kot. Kalau ada sweater, better bawak tau sebab sini memang sejuk.

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Bangunan ni kat depan toilet. Saje je nak ootd kat sini hehe. Make sure anda amik gambar banyak-banyak tau. Bukan senang nak sampai Fraser Hill ni hehe.

Check In Apartment


Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Sorry tau, saya terlupa betul nak amik gambar apartment yang saya duduk masa kat Fraser Hill ni. Gambar depan cermin ni je yg ada haha. Tapi memang apartment ni cantik, ada 3 bilik, besar dan boleh masak2 jugak. Location dia dekat Silverpark Resort, jln Lady Maxwell. Harga per night rm 500. Saya book dekat AirBnb. So anda boleh la explore apartment best2 kat AirBnb k ! Banyak apartment best kat situ. 

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Disebabkan kami datang ramai2, so kami masak sendiri lah. Bawak bahan2 basah dan kering siap2 dari rumah haha. Gigih kan ? Yang bestnya bila duduk kat aparment ni, dia dah bagi periuk, kuali, sudip, gas dan air mineral sekali. So memang fefeling masak macam kat rumah la. 

Kat sana pun ada je kedai makan, so boleh je nak makan kat kedai makan. Taknak masak2 pun takpe. Enjoy jela explore makanan kat Fraser Hill hehe. 

The Paddock Fraser Hill

Petang tu lepas makan dan solat, kitaorang jalan-jalan keliling Fraser Hill dan nak naik kuda ! Dah alang-alang sampai Fraser Hill ni, jomlah explore kan. So kitaorang cuba naik kuda kat The Paddock Fraser Hill ni. Memang macam kat oversea la scenery dia masha'Allah.

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Tak silap 3 round naik kuda ni rm 10. Berbaloi la. 

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Scenary dia pun cantik time petang-petang masha'Allah. So kita amik gambar sebagai kenangan.

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

And ada aktiviti memanah jugak kat sini. Memang syoklahh. Orang yang jaga ni pun friendly je ajar. So kalau anda memang tak pernah pun memanah sekalipun, jangan risau. Belajar la kat sana nanti ek. Even tak kena sasaran awal-awal. But yeah, practice make perfect kan ! Hehe. 



Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Then lepastu kitaorang minum petang dekat kawasan stroberi farm ni. Tak ingat apa nama kedai dia, tapi ada pokok stroberi dan kedai makan sekali la. Ala-ala desserts camtu.  So lepas petik buah stroberi, boleh makan kat kedai dia belakang tu. Time saya pergi ni, buah stroberi tak berkembang mekar lagi. Mungkin baru nak tumbuh kot.

Allen's Water


Esoknya pulak, kitaorang pergi naik boat dekat Allen's Water. Rm 10 per boat, untuk 2 orang. Boleh bagi makan ikan jugak kat sini.

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Memang NICE !

Then lepastu, kitaorang pun terus balik ke tempat masing-masing. So far Fraser Hill ni tempat nature la, away from kesibukan kota. Line umobile still ada kat sini, jangan risau haha. Kalau x de, boleh guna wifi hotel.

So you all yang nak experience bercuti tempat sejuk2 dan nature, boleh la datang ke Fraser Hill. TAPI INGAT TAUUU :

1. Pergi konvoi ramai2. Jangan pergi sorang atau 2 orang je unless time tu time cuti sekolah. Sebab jalan nak ke Fraser Hill ni memang SUNYI.

2. Bawak minyak angin dan gula-gula hacks untuk sesiapa yg cepat mabuk dalam kereta.

3. Bawak sweater in case cuaca sangat sejuk.

Lain2 tu biasa jela. Macam nak pergi bercuti. Enjoy you all kat Fraser Hill ittew !

===================================================================================

Pengalaman bercuti ke Fraser Hill

Hai semua. Nama saya Coach Nadiah Mahamood.

Saya merupakan Coach Herbalife Malaysia.

Saya sudah turun 8 Kg selepas menggunakan Produk Herbalife.

Sekiranya anda berminat menggunakan Produk Herbalife, boleh wassap 

011 1147 5950

011 1147 5950

011 1147 5950

dan FOLLOW instagram saya :




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan