Ahad, 31 Mac 2019

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Baru-baru ni saya ada buat family day di Avani Sepang Goldcoast. So harap entry ni membantu la you all yang nak buat family day di Avani nanti ya !

29 Mac 2019 : Check in pukul 3.30 pm

Waktu check in kat Avani adalah 3 petang. Saya book 3 villa utk 6 family. Villa kat Avani ni besar, ada 2 bilik. So kira ngam la. Ada 6 family, sorang amik 1 bilik. Untuk tahu harga terkini Villa kat Avani ni, boleh terus contact admin Avani ya.

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast
semangat amik gambar kat lobi.

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast
Welcome reception siap tulis nama ayah kite hehe. Rasa special ke ada nama tertulis kat Tv tu ? Hahaha. Jakun.


Disebabkan inilah first time buat family day, mak saya semangat masak macam-macam dari rumah haha. Semua dah lapar giler masa check in pukul 3 tu. So lepas check in Villa, terus bukak bekal dan makan. 

Menu lauk tengah hari masakan sendiri :

Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Sayur Kubis
Kentang dan tempe sambal
Keropok
Kacang rebus.

Saya bawak bekal siap2 dari rumah sebab kitaorang ni bercuti dengan kuantiti yang ramai. Malas nak makan kat luar masa lunch sebab amik banyak masa. So keputusan kitaorang bawak bekal dan makan kat Avani adalah keputusan yang tepat haha. Jimat masa, semua kenyang dan happy.

5 pm aktiviti sukaneka di pantai

Perancangan awal nak buat sukaneka. Konon nak buat pertandingan pecahkan belon la, makan biskut paling cepat la, kupas buah apple jangan sampai putus la. Tapi tak jadik buat sukaneka. Last2 kitaorang mandi pantai dan bergambar je haha. Enjoy the view. 

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Benda best kat Avani ni adalah korang boleh naik Buggy kalau nak pergi lobi. Kalau nak bakar banyak kalori, boleh juga naik basikal. Yang kaler biru adalah FREE. Kalau basikal family dan yang boleh bonceng budak tu, rm 35. Ada yang boleh sewa 1 jam, ada yang boleh sewa 1 hari. Boleh pilih.

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast
Excited naaik buggy.




8 pm dinner di Restoran Wak Lan Bayu Malam

Saya order dulu menu ni sebelum sampai Avani. Sebab malas nak menunggu. So kalau korang nak bila sampai kedai makan makanan terus terhidang, boleh la booking makanan siap-siap sehari sebelum sampai Avani ya.

Saya bagi 4/5 untuk makanan kat Wak Lan Bayu Malam ni. So boleh cuba dinner di sini ya ! Servis makanan disediakan pantas. Lauk pun sedap je. Cuma kalau nak makanan tu panas-panas, korang datangla on time ye. Contoh book kul 8 malam, datang la kul 7.59 pm. Konfem lauk baru disiapkan dan panas-panas lagi. 

Ini adalah menu yang saya order untuk satu family. Harga rm 449 untuk 13 orang makan ( harga tak fix ya )

Menu utk 13 orang :
Nasi putih
Ikan Siakap Bakar Sambal
Ikan Siakap Sweet Sour
Ikan Siakap Stim
Ikan Pari Bakar Sambal
Sotong Goreng Tepung -1kg
Udang Butter-500 g
Tomyam 5 orang makan.
Sayur Kailan Ikan Masin 5 orang makan.
Pepahat 5 orang makan.
Telur 3 biji.
Air Apple 2 jug.

Contact nombor ini untuk sebarang tempahan : 017 619 9160

30 Mac 2019 : Breakfast hotel

Pukul 7.30 pagi lagi kitaorang dah semangat nak pergi breakfast hotel. Banyak jugak lauknya. Tempat feveret aku adalah kat bahagian pastry !

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Time vacation ni perut rasa sebu. Bancuh Tea Mix + Aloe dengan air sejuk, perut rasa sedap terus ! 

Oh ya, saya ni Coach Herbalife ya. Info lanjut tentang Produk Herbalife : KLIK.

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast
Free flow juice !




9-12 pm : Aktiviti bebas so banyak amik gambar.

Ramai jugak yang mandi kolam lepas breakfast. Pastikan bawak swimming suit ya ! Kalau tak 
bawak, kena halau, takleh masuk kolam.

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast

Percutian ke Avani Sepang Goldcoast


Percutian ke Avani Sepang Goldcoast


12 pm check out.


Sekian sharing percutian saya sekeluarga ke Avani. Semoga bermanfaat ! :)

========================================================================

Saya merupakan Coach Herbalife daripada #TeamSuriKurus.

Berminat ingat sertai Program Kurus 30 Hari Herbalife ?

Wassap 011 1147 5950

Wassap 011 1147 5950

Wassap 011 1147 5950 

atau follow saya di instagram : @coach_nadiahmahamood






Rabu, 27 Mac 2019

Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Assalamualaikum. Saya tahu sekarang ni ramai dah mula start melancong waktu cuti sekolah kan ? Tapi risau diet ke laut dalam. Actually kalau kita punyai mindset yang betul, cuti tak menyebabkan berat naik pun. Kena practice SELF CONTROL dan PORTION CONTROL je selalu.

Tips Kurus Semasa Bercuti :


Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife #TeamSuriKurus

Boleh amalkan dulu 6 Tips Kurus Sewaktu Bercuti Herbalife seperti di atas ya !

Boleh follow Instagram : @coach_nadiahmahamood untuk lebih banyak Tips Kurus Herbalife.

Boleh tekan KLIK untuk info Program Kurus 30 Hari Herbalife bersama #TeamSuriKurus. 

Rabu, 13 Februari 2019

Review Hayyan Huda

7.1 haritu besday mak aku. Family aku ni jenis kalau ada besday sesiapa dalam family, mesti nak sambut. Simple pun simple la. Tapi tetap belikan kek, masak nasi arab, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng dan macam-macam lagi. Memang akan sambut. Yang tukang masaknya mak aku la. Kitaorang tukang potong bawang dan ambilkan gambar je hehe.

Tetiba satu haritu mak aku buat ayat sentap. Dia cakap : 'masa besday ibu, takde siapa sambut pun. Semua macam lupa jeee"

Aku tahu lah mak aku tengah bagi hint yang dia terasa. Tapi sumpah kitaorang tak tahu la pulak dia terasa. Sebab besday mak aku 7.1. Masa tu kan dah naik sekolah. Semua dah kerja. Memang wish kat group wassap jela.

Lepas je mak aku cakap macam tu, aku bertekad nak sambut besday mak aku la tahun 2019 ni. So aku search kat instagram, jumpa la satu IG ni namanya HAYYAN HUDA. Rupanya ni kedai makan masterchef Ezani Monoto, idola aku tuuuu. Survey punya survey, dia bukak Sabtu Ahad je. So memang dah cun la. Weekend jela kitaorang boleh kumpul. Pastu kena book awal. Sebab kedai ni memang ramai giler orang datang. Kalau family ramai, better book dulu k.

Kalau nak tempah kek siap2 pun boleh je. Ezani Monoto tu yang akan buat. Boleh request nak kek apa.

Untuk pengetahuan korang, Kedai makan Hayyan Huda ni ada sediakan Desserts dan Masakan nogori Sembilan tau. Masak lomak cili api, sambal petai, sup ayam kampung, semua ada. Masakan orang kampung. Memang sedap !

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.

Reveiw Hayyan Huda

Datang-datang je terus serbu dessert haha. Taraaa. Sedap Croissant ni. Makan dengan Jem.

Reveiw Hayyan Huda

Pavlova dia pun sedap !

Reveiw Hayyan Huda

Kitaorang tak amik sebiji kek. Tapi nak rasa kek lain2. So ambil la satu slice kek yang berbeza. Harga untuk 11 slice ni rm 120 haha. Oke la. Berbaloi makan dengan harganya. Sedap sebab Ezani Monoto tu yang buat la of kos !

Reveiw Hayyan Huda

Dream Come true weeiiii. Jumpa Ezani Monoto. Dia yang tolong servekan kek kitaorang.

Reveiw Hayyan Huda

Kedai ni guna pinggan vintage. Memang mengimbau kenangan zaman kecik2 la. 
Pucuk ubi ada, ambal petai ada, ayam kampung ada, daging salai ada. Memang bestlah ! Highy recommended !

Reveiw Hayyan Huda

Amik gambar sebelum makan. Muka semua dah lapar tu haha.

Reveiw Hayyan Huda

Last sekali, sambut besday mak aku. Selamat hari jadi Ibu. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang baik, luas dan diberkati. Ameen,

So far best la kedai makan Hayyan Huda ni. Lauk dia memang best. Harga pun oke la, kalau amik banyak sangat, harga mahal la. Tapi kalau makan ikut kepala, tak mahal sangat pun.

Good price, good place and good food. Jemput datang ke Hayyan Huda ! :)

========================================================================

Berminat untuk sertai Program Kurus 30 Hari ? KLIK SINI





Pengalaman Scaling Gigi

Lama sangat aku tak scaling gigi. Rasanya last masa form 3 dulu kot haha. Bertahun sudah berlalu. Then aku pulak ada sorang kawan yang dentist jugak. Namanya Liana Melan. Dia selalu jemput aku datang pergi rumah sewa dia kat Muadzam, Pahang. Sebab dia cakap klinik dia patient tak ramai, suruh aku check gigi situ.

Aku ni duduk Muar, memang jauhla nak ke Muadzam haha. Tapi disebabkan menggedik saja nak explore Muadzam, aku pun pergi la jugak turun Muadzam.

Sehari sebelum scaling gigi, aku tak makan benda merapek. Sebab risau kang ada daging kambing terselit kat gigi aku masa Yana check nanti. Malu aku dengan Dr Yana kang. Sampai bila-bila dia teringat haha ( padahal benda ni dia dah biasa buat la, tengok gigi orang. Aku je yang overthinking )

Isnin pagi pergi la Klinik kesihatan Muadzam, acah-acah buat appointment dengan Dr Yana ( padahal dah pakat lama dah ). Pastu aku masuk dalam Operation Room. Bermulalah sesi check gigi. Seramnya !

Dr Yana cakap : "Gigi ko oke je. Lubang dulu-dulu dah kena timbus. So sekarang dah takde gigi berlubang. Harini aku scaling je la'

Aku pun angguk-angguk. Buat jela apa yang kau nak buat Yana. Asalkan gigi aku bersih bersinar ececeh.

Lepas 20 minit....Yana cakap, "oke done scaling" !

Dia suruh aku kumur. Memang keluar semua plak gigi, taik gigi semua la. Gigi aku rasa rompong sekejap. Haha.

Sepanjang scaling tu, aku rasa la gigi aku ngilu. Sebab dia memang bersihkan celah-celah gigi. Nasib baik ada mesin penyedut air liur. Kalau tak, memang tersedak aku telan taik gigi aku hahaha.


Muka happy lepas scaling gigi. Yana cakap, aku just perlu scaling gigi setahun sekali je. Sebab gigi aku dah oke. Alhamdulilah. Happy aku dengar hehe. Thanks Yana !

Tips Jaga Gigi  (share sebab dulu nak jadi Doktor gigi. Tapi sebab tak jadi Doktor Gigi, aku sangat passionate jaga gigi oke ! Biar aku share tips )


1. WAJIB gosok gigi setiap hari. Waktu wajib : Bangun pagi dan sebelum tidur. Jangan tidur selagi tak gosok gigi. That's my rule.

2. Guna berus gigi yang sesuai dan bersih. Setiap 3 bulan, tukar la berus gigi. Jangan guna berus gigi yang kembang ye. Sebab bila berus tu dah kembang, dia pun tak boleh berfungsi effective sangat. 

Haaa itu je 2 tips jaga gigi yang aku nak share. Siapa kata nak jaga gigi ni susah kan ? Korang ada tips lain nak jaga gigi tak ? :)

Berminat ingin tahu Program Kurus 30 Hari Herbalife ?  KLIK SINI



Rabu, 16 Januari 2019

Tempat menarik di Shah Alam

Actually haritu saya bercuti satu hari di Shah Alam. Saje je, sebab tak pernah jalan-jalan Shah Alam lagi. So saya pun google la "Tempat Menarik di Shah Alam". Keluar la banyak entries, baca satu-satu, maka bermula lah percutian satu hariku di Shah Alam. Trip gegadis iaitu saya dan Kak Fatin hehe.

1. Dotty's KLCC.

Dotty's ni takde kat Shah Alam. Cuma sebelum saya  pergi Shah Alam, singgah lunch kat sini dulu. Orang kata pastries dia sedap. So nak cuba la. Malangnya saya tak cuba pastries dia, saya makan spagheti dan Egg Benedict dia.

Dotty's

Dotty's

Gais, untuk pengetahuan anda, saya ni adalah Coach Herbalife Malaysia. Saya dah 8 tahun menggunakan produk Herbalife. Pergi ke mana-mana pun memang saya akan angkut Produk Herbalife yang penting dan yang bantu Turun Berat Badan.

Kalau kat gambar ni, saya bawak Aloe, Tea Mix dan Tc Formula Herbalife time makan kat Dotty's. Memang suka makan, sebab tu saya amik Herbalife hehe. Alhamdulillah berat saya memang tak naik dah sejak amalkan Herbalife ni. Rasa sentiasa fit, sihat dan bertenaga. Thank you Allah.

INFO TENTANG PRODUK HERBALIFE :



Dotty's

Nampak kan seketul Tc Formula Herbalife di situ ? Yes, lagi suka makan, lagi kena ada Tc Formula Herbalife. Senjata tu.

Dotty's


Here we gooooo. Kak Fatin order Spagheti apa aku tak ingat. Tapi sedap jugak. Saya order Salted Egg Yolk Spaghetti. Roti tu namanya Egg Benedict ye. Air tu apa nama ? Ampun saya tak ingat. Tapi dia Caramel haha. Nak tahu, kena pergi Dotty's la ye. Sedap pun sedap. Lepas ni iAllah datang lagi, nak try pavlova dan pastries dia pulak.

Explore lagi pelbagai menu di Dotty's di sini ya :

2. Check In Hotel Acapella Hotel Shah Alam.

Kenapa pilih hotel ni ? Sebab tengok review kat atap dia ada pokok-pokok rendang. Kitaorang baru berangan nak photoshoot kat situ sekali rooftop dia tutup. Sedih okey. Maybe weekdays kot time tu, tak ramai orang naik. 

Coach Herbalife Shah Alam

Haha gambar hotel takde. Saya posing dengan tea mix dan swimming pool jelah ye. Boleh ke website 
https://www.acappella.com.my/en/ untuk info lanjut ya.

3. Go Kart Shah Alam.

Saya tak naik kereta lumba tu, tapi teman kak Fatin je. Yuran masuk rm 40 untuk 10 minit. Bestla, first time tengok depan mata tengok kereta lumba race kan. Selalu tengok kat tv je. Even taknak race pun, just enjoy nak main je pun boleh. Nak bawak laju ke, slow ke, TERPULANG. Main la sampai puas selama 10 minit tu hehe.

Coach Herbalife Shah Alam

Saya takde gambar dengan kereta sebab saya tak naik kereta lumba tu hehe. My role here just tukang amik gambar Kak Fatin, amik video dan Pom Pom Girl. Info lanjut tentang Go Kart ni, boleh ke website ni ye :

4. Taman Botani Shah Alam


Coach Herbalife Shah Alam

Coach Herbalife Shah Alam

Coach Herbalife Shah Alam

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam

Sempat jugakla kitaorang berbasikal selama 40 minit. Berpeluh-peluh. 

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam







Ada yang panggil Taman Botani, ada yang panggil Bukit Cerakah. Dulu femes giler-giler taman botani ni. Sebab banyak aktiviti boleh buat. Macam camping, rumah 4 musim, taman haiwan, memanah, berbasikal, memancing, berkayak dan banyak lagi la. Tapi macam dah tak femes sangat sekarang ni. Sebab bersaing dengan Shopping Complex sekitar Shah Alam kot. Tapi serious best Taman Botani ni. 

Kitaorang pergi area 4.30 petang camtu. Tak ramai orang dan dah nak tutup. So sesiapa nak pergi Taman Botani ni dan nak explore puas-puas, pastikan datang dari AWAL PAGI ya. Kitaorang berbasikal sampai peluh2. Sempat pergi taman haiwan dan main dengan kuda la. Rumah 4 musim kitaorang tak masuk sebab dah tutup. Kalau datang awal pagi, boleh la masuk hehe. IAllah next time.

Info Taman Botani Shah Alam boleh rujuk sini ya :




5. Aeon Shah Alam.

Destinasi terakhir kitaorang haritu. Pergi Aeon Shah Alam sebab nak MAKAN dan Shopping haha. Macam la kat tempat kitaorang takde shopping complex kan. Tapi nama pun perempuan, dapat cuci mata pun jadik la haha. Kat sini kitaorang makan simple-simple je. Saya makan Laksa, Kak Fatin makan Mee Hun Sup.

AEON SHAH ALAM

Shopping buah dan air mineral. Even travel pun, kena maintain healthy lifestyle tau hehe. 

Tips taknak berat naik time travel : Makan buah dan minum cukup air mineral. Elakkan makan process food dan air manis. Banyakkan berjalan.

Sekian sharing saya tentang 1 hari percutian di Shah Alam. Trip yang simple, tapi BEST ! Saya bawak sekali produk Herbalife masa pergi travel. 

Herbalife Shah Alam

Kenapa saya bawak Produk Herbalife even travel ? Sebab nak pastikan badan cukup nutrisi sepanjang travel. Yela, masa travel la kita food hunting, makan tak seimbang kan. So Produk Herbalife bantu topup mana nutrisi yang tak seimbang masa travel tu.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis :)

Coach Herbalife Shah Alam

Nama saya Coach Nadiah Mahamood.

Berpengalaman sebagai Coach Herbalife selama 8 Tahun.

Saya membantu Wanita untuk turun berat badan bersama #TeamSuriKurus.

Info lanjut boleh wassap 011 1147 5950 atau lawat INSTAGRAM saya :