Khamis, 7 Disember 2017

Lawatan ke Lost World of Tambun

Harini aku nak share tentang percutian  3 hari 2 malam di Perak ye. Tahun 2017 je dah 2  kali aku lawat Perak. First sebab percutian ke perkampungan orang asli di Tonggang, Perak. Second ke Kampar, Bidor dan Tambun pulak.

Sabtu Malam, aku sekeluarga bermalam di Homestay The Trails of Kampar. Memang puas hati tidur kat homestay ni. Harga satu malam dalam rm 400-rm 500 je. Ada 3 bilik, dapur dan ruang tamu yang super selesa. Let say korang satu family nak tidur kat Kampar, boleh book kat homestay ni ya. Memang berbaloi sangat.

The Trails of Kampar

Selain homestay ni best, kat Kampar ni pun ada satu tempat yang unik namanya Disneyland Kampar. Semua kedai kat area ni memang bermotifkan kartun Disney. Ada satu kedai tu siap nama "NASI LEAMK DISNEY". Ada jugak kedai namanya Beauty and The Beast, Maleficent Disney dan memacam lagi la.

Disneyland Kampar
Kedai ni namanya Beauty and The Beast. Unik kan ?

Then kitaorang ada urusan di Bidor sampai tengah hari. Baru tahu ada kesesakan jalan raya yang super teruk if nak balik Johor hari Ahad. Almaklumlah, Malaysia cuti panjang bermula hari JUmaat sampai Ahad sempena Maulidur Rasul. So ramai balik kampun la ke utara hehe. Memang jem betol. So kitaorang decide nak bermalam satu malam lagi di Perak. Kitaorang akan bermalam di Lost World of Tambun pula. Wehoooo. First time ni !

Macam biasa, kitaorang prefer tidur kat homestay daripada hotel. Sebab homestya lagi jimat. Satu malam selalunya bayar rm 400-rm 600 untuk satu rumah ynag ada 4 bilik. Kalau tempah hotel, satu bilik je dah hampir rm 300. Tak berbaloi. So, kitaorang prefer homestay aje. Ikutlah pilihan hati memasing ya :D

Kitaorang bermalam di Homestay MontBleu. Memang terletak sebelah je dari tempat Lost World of Tambun tu. Jalan kaki pun boleh sampai, cuma mengah sikit la heheh. Homestay ni 2 tingkat setengah, tingkat pertama ruang tamu dan dapur. Tingkat kedua semuanya bilik. So best jugak laaa sebab homestay ni luas jugak. Cuma kalau ada ahli keluarga yang kurang sihat nak naik tangga, memang kena papah diaorang. Sebab tangga dia tinggi, sakit kaki nak naik. But memang best homestay ni. Highly recommended !

MontBleu
Di hadapan Homestay MontBleu. 

Disebabkan kitaorang tidur satu malam je di Tambun dan nak kena check out awal esoknya. Kitaorang decide pergi The Ultimate Night Park ( Hot Spring & Spa. Petting Zoo and Tin Valley ). Yang bermandi manda gelongsor ala Vuvuzela tu kitaorang tak naik sebab dia bukak pagi je. Pukul 11 pagi. So kitaorang pun rasailah The Ultimate Night Park di Lost World of Tambun.

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun
Hot Spring & Spa 

Siapa nak rasa badan kena belai ala ala dalam spa, boleh la berendam dalam kolam air panas ni. Even malam tu, ramai jugak yang berendam. Cuma tak seramai siang la. Ko boleh rendam lama lama dalam kolam ni tanpa ada orang tenung ko suruh cecepat keluar sebab tunggu turn hahahha :p

Then kitaorang ke Petting Zoo pulak. Banyak je haiwan yang aktif and banyak jugak yang dah tidur. Siap ada signboard cakap "See me tomorrow" hahah.

Lost World of Tambun\
Ikan kecil yang comel.

Lost World of Tambun
Tikus yang montok.

Lost World of Tambun
Kura-kura. Tengah ngantuk kot rasanya.

Lost World of Tambun
Aku syak buaya ni tidur.

Lost World of Tambun
Kucing atau serigala aku tak sure. Telinganya serious unik masha'Allah. Muka ada iras- iras kucing hmmm.

Lost World of Tambun
Penat berjalan, kitaorang naik shuttle pusing keliling zoo. Kena cepat tau if nak ada tempat. Siapa cepat dia dapat sebab kalau lambat, kena tunggu lagi 30 minit for next round.Lari cecepat okehhh to book your seat !

Lost World of Tambun
Berlatar belakangkan Tin Valley. Gini rupanya orang nak buat biji timah dedulu. 



Lost World of Tambun
Acah-acah posing depan Tin Valley. Padahal biji timah pun tak kenal. Sedihhh betol ko ni Nadiah hahha.

Lost World of Tambun
Haa, Dulang Tea House ni pun memang femes kat Lost World of Tambun ni. Malangnya masa malam, kedai ni tutup pulak. Kitaorang just boleh tengok kedai dia je dari jauh. T_T

"Dulang Tea House is a cafe and a unique venue of it's own in Sunway Lost World of Tambun. Dulang Tea House is known for serving a special blend of "Kampung" coffee and light tea food that are commonly eaten within rural areas of Malaysia. Dulang Tea House also has a unique landscape and setting in which it is a cafe set right infront of rock formations and is partially in a cave. Visitors are also welcomed to sit in their man made river while enjoying evening tea in Lost World of Tambun"


Hampir sejam setengah jugakla kitaorang lawat Lost World of Tambun haritu. Nak bagitau sikit, bila pergi masa malam, memang TAK RAMAI ORANG dan cuaca sejuk. Tapi aktiviti agak limited sebab gelap lohhhh. Haiwan pun banyak tidur. But still, if nak rasa kelainan lawat zoo masa malam, dipersilakan datang. Sekali sekala tukar angin, apa salahnya kan :D

If korang boleh datang siang, datang je weyyy. Boleh la bermandi manda, naik swan, naik gajah, buat aktiviti lasak yang di offer masa siang sahaja. Malam macam bahaya pulak kan nak buat semua aktivti macam tu hehe.  Jangan lupa bawak Swimming Suit especially untuk perempuan ni ha. Takleh mandi guna T Shirt ye sayang sayang sekalian. Silakan shopping Bikini versi muslimah punya. Banyak je yang jual :D

Disebabkan aku ni Coach Herbalife, so aku nak share sikit apa produk Herbalife yang WAJIB aku bawak setiap kali travel.

Produk Herbalife yang WAJIB dibawa masa travel.

Bila Travel ni, tahu jelahhh. Makan pun tak menentu. Kalau makan pun, jarang nau nak seimbang. Sometimes terlebih karbo la, fat la, protein takdelah. Hahah. Pastu mulalah perut rasa buncit, nak membuang tapi tak boleh pulak. Sedih betolll haha. 

So, Produk Herbalife yang saya WAJIB bawak masa travel adalah ;

Lost World of Tambun


Tea Mix Herbalife

Tea Mix Herbalife.

Tea-mix segera yang lazat dan berkalori rendah membantu anda agar sentiasabertenagadan segar semasa anda menguruskan berat badan anda. 

Manfaat Penting :

  • Dapatkan peningkatan tenaga
  • Nikmati kebaikan the hijau
  • Menguruskan berat badan anda
  • Rendah kalori dan kaborhidrat

Tc Formula Herbalife
Tc Formula Herbalife


Mengandungi bahan-bahan herba membantu anda kekal sihat dan aktif.

Manfaat :
  • Membantu meningkatkan kadar metabolik semasa rehat.
  • Merangsang tenaga tanpa menyebabkan iritasi dan keresahan.
  • Mengandungi beberapa jenis herba yang membantu badan anda kekal sihat dan aktif sepanjang hari.
  • Dengan manfaat polifenol teh daripada ekstrak teh hijau, teh hitam dan teh oolong.

Aloevera Herbalife

Alovera Herbalife

Perisa Aloevera Terbaru : Aloe Mango 




Minuman yang tulen dan menyegarkan yang diperbuat daripada aloe vera untuk membantu mengekalkan kesejahteraan umum.

Manfaat Penting
  • Diperbuat daripada aloe vera dan mengandungi enzim dan vitamin.
  • Mengandungi bunga kamomil yang menenangkan.
  • Cara yang positif dan menyegarkan untuk memastikan anda mengekalkan pengambilan air yang mencukupi.
  • Pertimbangkanlah untuk menggantikan minuman ringan dengan Herbal Aloe Concentrate Mix untuk membantu anda meminimumkan pengambilan gula.
  • Boleh dinikmati sebagai suplemen kepada diet harian anda.

Multivitamin Herbalife
Multivitamin Herbalife.
  • Menyediakan lebih 20 vitamin dan mineral perlu untuk kesihatan.
Manfaat Penting ;
  • Menggalakkan tulang,kulit dan rambut yang sihat.
  • Menyediakan Vitamin A, B6, B12 dan Zink yang berperanan penting dalam menyokong fungsi Imun.
  • Tiada bahan pengawet tiruan tambahan.

So, if korang suka travel dan nak perut selesa, taknak berat senang naik, boleh la cuba Produk Herbalife yang saya mention kat atas ni. Selamat mealwat Perak. Memang berbaloi baloi sangat lawat Perak tau. Thank you for reading :D

========================================================================
Baca lagi.......

Coach Turun Berat Bada Wanita :

Tips Kurus Herbalife :

========================================================================

Berminat mulakan Program Kurus Herbalife ?

Wassap 011 1147 5950
Wassap 011 1147 5950
Wassap 011 1147 5950

Follow me on Instagram :
@coach_nadiahmahamood

Facebook :
Nurul Nadiah Mahamood














Tiada ulasan:

Catat Ulasan