Ahad, 10 November 2019

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah : Part 1

Pengalaman pertama kali mengerjakan umrah ? Sebelum berangkat saya rasa sangat teruja dan risau. Teruja sebab first time nak tengok Kaabah. Risau sebab first time nak pergi kan, risau tak cukup preparation ke apa. Tapi jangan risau la, bila niat kita baik, Allah akan permudahkan je urusan kita nak berangkat. Doa banyak-banyak :)

Saya pergi ke umrah pada 24 October 2019-4 November 2019 menggunakan pakej Tiram Travel.
Saya bergerak ke Mekah dahulu baru ke Madinah.

Saya menaiki pesawat Air Asia X. Sampai je kat air port Jeddah, kami terus naik bas untuk ke Taif.
Taif kawasannya sangat subur dan banyak buah-buahan.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Nasi Arab di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Jus Mangga di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di sekitar perkampungan Ibnu Abbas di Taif

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Buah-buahan segar di Taif






Mindset and preparation sebelum ke Umrah

1. Banyakkan solat taubat dan istighfar.
- Kita manusia tak terlepas daripada dosa samada sengaja atau tidak. So sebelum berangkat ke umrah lagi, biasakan diri memohon ampun daripada Allah. Nanti bila dah sampai sana, just terus konsisten je mintak ampun kat Allah dan banyakkan berdoa. Salah satu reason kita nak ke Umrah adalah nak mohon ampun daripada Allah. Bila dosa dah terampun, hidup kita akan penuh dengan keberkatan. So, kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Sebab tu sangat penting untuk kita selalu mohon ampun daripada Allah. Semoga doa kita yang baik-baik Allah makbulkan. Apatah lagi kita berdoa di tempat yang penuh keberkatan. Semoga doa kita dimakbulkan Allah. 

2. Bersenam.
-Umrah ni memerlukan kekuatan fizikal yang luar biasa tau. Bermula dengan miqat, lepastu tawaf pusing Kaabah sebanyak 7 kali, lepastu sambung dengan saie sebanyak 7 kali, lepastu balik hotel. Kalau hotel dekat dengan Masjidil Haram, alhamdulillah. Kalau yang jauh, memang kena kuat semangat nak jalan kaki balik hotel.

So sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah, rajinkan diri buat senaman. Kalau suka berjoging lagi bagus. Dapat tingkatkan stamina dan kuatkan otot kaki. So bila dah sampai sana, takdelah badan terkejut nak buat aktiviti fizikal yang banyak kan.

3. Niat nak pergi Mekah dan Madinah untuk beribadah.
- Bagi saya ia sangat penting. Sebab nanti bila sampai sana, kita akan sangat letih sebab waktu kat Mekah dan Madinah adalah lambat 5 jam dari Malaysia.

Contohnya kat Mekah waktu Isyak dia pukul 7 malam, tapi kalau kat Malaysia, waktu 7 malam di Mekah tu adalah 11 malam waktu Malaysia. Memang mengantuk ! Kalau hati tak kental, memang boleh tertidur time sujud ( saya lah tu haha ). So mujahadah memang kena sangat sangat kuat. Tak boleh layan sangat rasa mengantuk dan penat tu. Kalau penat, boleh recharge dengan air zam zam yang ada kat Masjidil Haram.

4. Banyakkan berdoa supaya dijemput menjadi Tetamu Istimewa Allah
- Bagi saya doa supaya dijemput untuk menjadi tetamu istimewa ni sangat penting. Alhamdulillah Allah permudahkan sangat-sangat urusan kami sekeluarga.  

Bermula dari penginapan, urusan ibadah kat sana, kesihatan dan sampailah pulang ke Malaysia, Allah permudahkan sangat-sangat.

So anda pun boleh doa daripada sekarang untuk menjadi tetamu Allah yang sangat sangat sangat istimewa. Allah nak kabulkan mengikut cara Allah. Mungkin cara saya menjadi tetamu Alllah berbeza, anda pun berbeza.Lain orang lain pengalamannya. Yang pasti, bila kita menjadi tetamu Allah yang sangat istimewa, banyak urusan kita akan dipermudahkan. So doa tau !



Niat Miqat di Qarnul Mananzil

Oke, lepas berjalan-jalan di Taif, kami berniat ihram dan solat Maghrib jamak sekali dengan isyak di Qarnul Mananzil. Hati dah berdebar-debar ni sebab kejap je lagi nak nampak Kaabah depan mata.

Lepas je niat ihram, bas pun bergerak ke Masjidil Haram, sepanjang dalam perjalanan tu, kami pun bertalbiah ramai-ramai. 

Oke, dah sampai. Kami check in bilik, malam tu jugak kami terus buat umrah. First time nampak kaabah depan mata, memang nangis tak henti-henti la. Mula-mula saya risau jugak, risau tak nampak Kaabah sebab rasa diri ni banyak dosa ( ada ke patut fikir macam tu kan, adoiii. Allah tu kan maha baik ) Alhamdulillah saya nampak Kaabah !

So selesai tawaf keliling Kaabah 7 pusingan, memang rasa sangat haus dan penat. Lepastu saya rehat sekejap minum air zam zam yang disediakan kat laluan untuk ke Saie. Pergh, rasa dia memang sangat refreshing !!! Nikmat dunia sungguh.

Lepas minum air zam zam, sambung pulak untuk Saie dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali. Tempat dia sangat nyaman dan air cond. Memang selesa walaupun kena jalan jauh.

Selesai Saie, saya bertahlul dengan potong 3 helai rambut. Jangan lupa bawak gunting ya.
Selesai tahlul, alhamdulillah selesai umrah pertama saya. Syukur Allah permudahkan.

Lepas selesai umrah, minum air zam zam dekat kawasan saie tu. Sambil teguk air zam zam, sambil bayangkan betapa susahnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwa masa berusaha nak cari air untuk anaknya Ismail. Jauh tau. Dalam keadaan panas terik, bumi kering kontang, tapi Allah berikaan kekuatan kepada Siti Hajar untuk berusaha. Dari usaha itulah, Allah pancarkan air zam zam yang tak henti-henti mengalir. Yang bermanfaat untuk seluruh umat Islam sekarang ni. Masha'Allah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Melihat Kaabah dengan mata sendiri buat kali pertama. Memang menangis dan sayu. Terima kasih Allah menjemput saya dan kedua ibu bapa saya untuk menunaikan umrah pada tahun ini. Alhamdulillah syukur.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Selesai Umrah pertama. Alhamdulillah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di bukit Marwa. Bukit ni boleh pijak, batunya berwarna hitam. Letih betis bila bersaie, urut-urut la kat bukit Marwa ni bila dah selesai tahlul semua. 

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Bersama ibu saya. Baru selesai umrah pertama.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Ibu dan ayah saya. 

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Minum air zam zam selepas selesai umrah.



Melawat Clock Tower

Alang-alang duduk di Hotel Safwa, so saya dan ibu saya decide untuk naik ke Clock Tower, nak tengok Kaabah dari view atas. Dan nak tengok apa sebenarnya yang ada dalam Menara Jam ni. Oh rupanya dalam Menara Jam ni ada info tentang bulan, matahari, planet dan alam semesta. Bangunan ni terbahagi kepada banyak tingkat dan setiap tingkat dia ada ceritakan tentang alam semesta mengikut kategori.

Ada cerita tentang planet, bintang, masa, jam, minit, buruj dan banyak lagi. Saya pergi pada waktu malam, so dapatlah tengok Kaabah dari view atas. Masha'Allah memang sangat bercahaya.

Fees masuk Clock Tower ni adalah rm 150 per person ya. Better datang pada waktu malam sebab waktu tu dapat tengok Mekah dari atas dengan sangat bercahaya. Sangat sangat cantek. Sila pergi ya !

Clock tower = Menara Jam. Jangan konfius tau. Nama sama je diaorang ni. Cuma satu bahasa inggeris, satu lagi bahasa Melayu hehe.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Clock Tower dari luar. Bangunan ni sangat femes di Mekah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Remote aka translater bila masuk Clock Tower ni. Disebabkan iols ni orang Malaysia, so dia bagi translator orang Indonesia ya. Takpelah dong hehe.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Replika menara jam.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Dari view atas. Dapat tengok keseluruhan Mekah.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Dapat tengok Masjidil Haram daripada atas. Sangat-sangat bercahaya dan cantik masha'Allah. Precious view. 






Melawat Gua Thur dan Jabal Rahmah


Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah




Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di puncak Jabal Rahmah. 



Doa Jodoh yang saya selalu repeat adalah ;

Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a’yun, waja’alna lil muttaqina imama.

" Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." 

Doa yang terbaik adalah daripada Al Quran dan Rasulullah sendiri. So, jomlah amalkan doa ni :)

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Ais Krim kat Jabal Rahmah ni sedap, dia halus-halus je rasa dia. Harga dia 5 riyal, area rm 6. Sila beli ya !

Selepas 6 hari berada di Mekah, ready untuk tawaf wida'

Hati memang sayu nak tinggalkan Mekah. Tapi masa ni tak sabar jugak, sebab nak pergi Madinah kan. Nak masuk Raudah dan nak jumpa Rasulullah. So mix feeling di situ.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Saya stay di Hotel Safwa, memang betul-betul depan Masjidil Haram. Turun je hotel, jalan 50m, terus masuk Masjidil Haram di pintu gate 94.

Oh ya, saya ni merupakan Coach Herbalife ya. Kepakaran saya adalah mebantu WANITA turun berat badan dengan MUDAH, BAHAGIA dan tanpa stress.

Info lanjut tentang Produk Herbalife ? KLIK


Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Subuh terakhir di Mekah. Sayu je rasa. Semoga Allah jemput lagi untuk beribadah di sini ameen.

Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah

Di luar Masjidil Haram.

Doa saya sebelum meninggalkan Mekah :

"Ya Allah, janganlah Kau jadikkan kunjungan ini kunjungan terkahir bagi kami. Ya Allah, kau jemputlah kami untuk datang mengunjungi rumahMu lagi.

Semoga di masa akan datang, Engkau menjemput kami,keluarga kami, sahabat dan saudara mara kami, zuriat keturunan kami ke tanah suci. Untuk tunaikan haji dan umrah. Ameen"

Sekian coretan umrah pertama saya....

Bagi saya bila pergi umrah ni, bukan macam kita melancong ke luar negara. Kita fikir fun fun je, nak membeli-belah je. Pergi tempat menarik, amik gambar dan post kat social media.  Bila tunaikan umrah, it's more than that.  

Of kosla kita boleh je amik gambar dan post kat social media untuk berkongsi kat kawan-kawan, you all jangan salah faham pulak ( saya pun buat macam tu. Boleh check it out my instagram coach_nadiahmahamood

Maksud saya kat sini, bila tunaikan umrah, it's more than just nak melancong. Kita nak BERIBADAH, di samping nak kenal Allah dan sejarah Rasulullah dengan lebih dekat. Kita nak tingkatkan penghayatan kita terhadap Islam dengan lebih mendalam. So niat kena betul.Kita mengerjakan umrah, kita kena patuh segala pantang larang semasa ihram, kita terpaksa berjihad melawan hawa nafsu.

Sebab ada je waktu yang kita rasa malas nak pergi masjid sebab penat. Kalau penat, rehatlah kejap. Tapi jangan lepaskan peluang untuk solat jemaah setiap waktu sepanjang berada di Masjidil Haram. Bila kita kat sana, bersungguh-sungguhla gunakan peluang yang Allah bagi itu.

Kita pun tak pasti bila lagi kita akan ke Mekah kan. So peluang yang ada ni, jangan sia-siakan. Bila kita dah ada kat Mekah, maksudnya kita dapat jemputan daripada Allah. Marilah jadik tetamu Allah yang bersyukur.


Sekian sharing Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah. Tunggu pengalaman pertama kali mengerjakan umrah Part 2 nanti ya. Ia berkisar di Madinah pulak. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga anda dijemput untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Doakan saya jugak ye untuk dapat tunaikan haji dan umrah lagi ! Ameen.


Sebelum tu, jangan lupa doa semoga segala ibadah dan umrah yang kita buat ini diterima Allah. Baru saya faham kenapa orang selalu wish : semoga mendapat umrah yang makbul. Sebab nak buat umrah ni sendiri ada proses, pantang larang yang perlu kita patuhi. Mujahadah la paling penting sekali. So sebab tu kena doa, semoga segala ibadah kita di Mekah ini diterima Allah. Semoga kita diampunkan dosa. Semoga segala susah payah kita lakukan umrah ini, diterima Allah. Allah bimbing jadi orang yang baik bila balik Malaysia nanti. Semoga kita istiqamah. Ameen. 

Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa. Saya tulis daripada hati, so memang semangat sharing. Semoga bermanfaat !

Baca lagi : TIPS SUCI DARIPADA HADAS HAID SEMASA UMRAH. KLIK  













Khamis, 7 November 2019

Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah

Saya menunaikan umrah pertama kali pada 24 October 2019 - 4 November 2019. Saya menggunakan pakej Tiram Travel. Best ke pakej Tiram Travel ? Bagi saya sangat best. Sebab Tiram Travel menawarkan harga yang berpatutan, hotel di Mekah dan Madinah pulak sangat dekat.

Di Mekah saya duduk di Hotel Safwa, 50 meter sahaja untuk ke Masjidil Haram. Turun hotel, jalan 50 m, lepastu terus masuk ke Masjidil Haram di gate 94.

Di Madinah pulak, saya stay di hotel Al Ansar Palace. Berjalan 150 m, terus sampai ke Masjid Nabawi. Bagi saya sangat dekat dan mudah.

So saya bagi 5 bintang untuk servis, pengangkutan dan penginapan daripada Tiram Travel.

Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah


Tips Suci daripada Hadas Haid semasa mengerjakan umrah.

Saya berkongsi berdasarkan pengalaman  ye sebab saya tak ambil pil untuk tahan period. Itu pilihan masing-masing untuk ambil atau tak. Dan saya memilih untuk TAK AMBIL pil tahan period.

Berikut tips yang saya amalkan 6 bulan sebelum mengerjakan umrah :

1. JAGA PEMAKANAN

Sebab saya nak suci daripada hadas haid masa 24 Oct-4 Nov ( waktu tersebut mmg saya suci sepatutnya kalau ikut kitaran haid ), saya memang cuba terbaik makan makanan sihat on daily basis. Dan alhamdulillah saya memang suka pemakanan yang sihat pun since i'm Coach herbalife. So tentang pemakanan sihat saya memang dah expert.

No junk food, no meggi, no sosej, no fast food, makanan dan minuman bergula memang saya kurangkan. Sebab saya nak kitaran darah haid saya keluar secara normal. Kalau saya tidak jaga pemakanan, ada kemungkinan kitaran haid akan terganggu ( terkeluar awal atau terlewat dari sepatutnya ). So jagalah pemakanan sebaiknya ya.

2. KURANGKAN AKTIVITI LASAK 

Sebulan sebelum berangkat, kalau boleh elakkan senaman yang hard core. Buat light light je boleh la macam brisk walk. Sebab kalau buat aktiviti yang sangat lasak, risau darah haid terkeluar awal dari tarikh yang sepatutnya. Kalau terkeluar awal, dah susah untuk kita kira hari suci dan tak suci. So buat senaman yang light-light je sebulan sebelum fly. Lepas balik umrah nanti, sambung la workout sepenuh hati ya.

3. DOA

Sebenarnya ada doa yang standard, anda boleh cari di google atau buku. Tapi saya doa secara spesifik setiap hari sebab nak doa dari hati kan. Ini yang saya sentiasa doa setiap kali selepas sembahyang :

" Ya Allah, sucikanlah aku daripada hadas haid sepanjang aku berada di Mekah dan Madinah sampailah aku pulang ke Malaysia'

atau 

"Ya Allah, semoga kau izinkan aku untuk solat berjemaah setiap waktu di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi nanti"

Saya doa secara spesifik supaya lebih faham dan ingat. Bila kerisauan melanda je ( risau tetiba period time kat tanah suci ), saya cepat-cepat istighfar dan repeat doa ni. Sampai penat hehe. Tapi  memang tak pernah tinggal doa ni la even dah sampai Mekah dan Madinah pun. 

4. MINUM AIR ZAM ZAM dan NIAT.

Minum air zam zam ni banyak kebaikannya. Salah satunya boleh mohon segala apa hajat di hati sebelum minum. 30 hari sebelum saya mengerjakan umrah, saya minum air zam zam setiap hari sambil niat :

" Ya Allah, kau sucikanlah aku daripada hadas haid sepanjang aku berada di Mekah, Madinah sampailah aku pulang ke Malaysia'

Doa kena yakin.

5. Pilihla tarikh mengerjakan umrah yang anda yakin SUCI daripada hadas haid.

Ini paling penting. Anda kena la pilih tarikh yang memang betul-betul anda suci masa nak kerjakan umrah tu. Jangan la pilih tarikh yang anda rasa masa tu anda period. 

Macam mana nak tahu ? Itu kena kira sendiri.

Setiap kali datang period, SILA CATAT hari pertama anda datang bulan tu di kalender ya.
Then untuk bulan depannya, selalunya tarikh dia akan awal 2 hari dari tarikh bulan ni.

Contohnya : hari pertama anda period masa October adalah 10 October.
So dijangka anda akan period pada bulan November adalah 7 November.

So kena kira betul-betul. Duduk dengan tenang dan kira. Kalau tak reti, boleh kira dengan orang yang reti nak kira tarikh period ni. Ataupun boleh pergi jumpa doktor, kira sama-sama dengan doktor.

PASTIKAN KIRA TARIKH ANDA SUCI DAN TAK SUCI DARIPADA HAID  DENGAN TELITI dan BETUL ya.

==============================================================================

Saya decide untuk tidak amik pil tahan period. So saya memang jaga segala tips yang saya share di atas. Dan alhamdulillah, saya memang suci daripada hadas haid sepanjang saya berada di Mekah, Madinah sampailah pulang ke Malaysia. 

Pada mulanya saya pilih tarikh untuk fly pada 3 November, tapi lepas kira-kira tarikh period, waktu tersebut saya dijangka akan period masa kat Madinah nanti.

So saya tukar tarikh yang lebih awal untuk fly iaitu pada 24 October. Sebab tu saya nasihatkan, jika anda tak nak amik pil tahan period semasa tunaikan umrah, anda kena buat homework KIRA TARIKH PERIOD anda dengan teliti. Kena nampak dengan jelas, berapa haribulan anda akan suci, berapa haribulan anda dijangka akan period.

KENA KIRA ye. Jangan malas nak kira. Sebab bukannya senang ada peluang untuk kita tunaikan umrah. Sometimes ada duit, tapi masa tak izinkan. So alang-alang nak pergi tunaikan umrah ni, RANCANG waktu suci anda sebaiknya supaya dapat beribadah sebanyak mungkin di Mekah dan Madinah.

DISCLAIMER : Ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin sesuai untuk anda, dan mungkin jugak tidak sesuai untuk anda.  So anda ambil la mana yang anda rasa serasi untuk anda amalkan ya.

Sekian sharing Tips Suci daripada hadas haid semasa umrah. Nantikan sharing  pertama kali saya mengerjakan umrah di entri seterusnya ya.


======================================================================

BACA LAGI :





Sabtu, 21 September 2019

Tips Sihat Ketika Hujung Minggu

Bila weekend, biasala kite nak chill chill dengan family. Tapi ada jugak yang risau time weekend, sebab risau diet ke laut 😂

Jangan risau ladies ! Harini saya nak share TIPS SIHAT KETIKA HUJUNG MINGGU. Shift your mindset from : "Weekend diet aku ke laut kepada yey it's weekend. So aku dan family aku boleh buat banyak fizikal aktiviti sama-sama😍" MINDSET MATTERS ☝🏻 


TIPS SIHAT KETIKA HUJUNG MINGGU :

1. Tetap amalkan minum air kosong even makan kat luar. Contohlah kalau anda teringinnnnn sangat nak makan bubble tea, jangan order banyak-banyak. Order satu cup then share ramai-ramai. Share calory together namanya. Tapi kalau boleh stick kat air kosong je, very very good lah ! 

2. Rancang aktiviti fizikal nak buat bersama keluarga. PASTIKAN BANYAK BERGERAK ! Joging boleh, basuh kereta boleh, nak masak sama-sama boleh, nak pergi shopping boleh. Untuk shopping tu, parking kat tempat jauh sikit. Then jalan kaki untuk masuk mall. Kalau ada baby kecik, pastikan bawak stroller tau 💪🏻 

3. Setiap kali makan, pastikan ada PROTEIN, FIBER dan KARBO. BALANCE MEAL 🥗Protein tu dari ayam atau ikan. Fiber tu dari buah dan sayur. Karbo tu dari nasi atau nak merasa pasta atau spaghetti pun oke je.

4. Oh lupa sekarang ni musim jerebu😷. Tak perlu buat banyak aktiviti kat luar pun. Buat banyak aktiviti fizikal kat rumah . Kemas rumah pun boleh membakar kalori jugak. Di samping tu dapat eratkan bonding dengan family.

5. Elakkan makan nasi putih lewat malam. Untuk elakkan perut buncitssss. So paling lewat nak makan berat pun pukul 5 petang. Lepastu makan light light je( buah buahan contohnya ) Kalau ada Herbalife shake, lepas kul 5 ptg boleh shake shake shake je 😍 Fat burning memang power ! 

Mudah je kan nak maintain sihat even hujung minggu.🥰 Cuba oke tips kat atas. PRACTICE MAKE PERFECT ! 💪🏻😘 Dalam SuriKurus Online Coaching saya akan share banyak lagi tips sihat yang boleh amalkan sampai bila2. 

Thank you for reading !

Tips Sihat Ketika Hujung Minggu

==================================================================================
BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS 30 HARI HERBALIFE #TEAMSURIKURUS ?

WASSAP COACH NADIAH 011 1147 5950

WASSAP COACH NADIAH 011 1147 5950

WASSAP COACH NADIAH 011 1147 5950

FOLLOW @coach_nadiahmahamood for more update tips kurus !





Boleh ke makan ayam time nak diet atau kurus ?

Soalan yang biasa saya dapat : "Boleh ke makan ayam time nak diet atau nak kurus ?"


Takde masalah pun dear kalau suka makan ayam 😉 

Ayam antara sumber protein utama dalam pemakanan harian. 1 bahagian ayam boleh dapat dalam 20g - 30 g protein which is protein dia agak tinggi. Badan perlukan protein untuk build muscle. So it's oke untuk makan ayam sebagai salah satu sumber protein. 

Kalau anda suka makan ayam, boleh je nak makan satu portion ayam sehari. Bahagian ayam yang paling sihat adalah DADA AYAM. Sebab dada ayam paling RENDAH LEMAK dan paling TINGGI PROTEIN.

Bila nak turun berat, tak perlu terlalu drastik ubah pemakanan. Contohnya anda ingat ayam tu tak sihat, so terus tinggalkan ayam. Then stress sebab setiap hari teringatkan ayam 😆 Tak perlu buat macam tu.

Tips paling mudah :

1. Plih ayam bahagian dada.
2. Practice amalkan Suku Suku Separuh ( ayam tu suku )
3. Masak ayam dengan masakan sihat macam rebus, bakar, masak bersup. Elakkan masakan yang bersantan, tinggi minyak, garam, gula.

Rilex. Improve pelan-pelan. Tetap boleh kurus even suka makan ayam. Yang penting kena JAGA PORTION LUNCH anda. Boleh cuba tips kat atas ya.


Thank you for reading ! :)


========================================================================================


FOLLOW IG : @coach_nadiahmahamood for more update.






Rabu, 18 September 2019

SELF LOVE IN WEIGHT LOSS

Anda nak tahu satu tips untuk sentiasa konsisten amalkan gaya hidup sihat ? Harini saya nak share satu tips. Namanya SELF LOVE.

Self love adalah ingredient penting di dalam weight loss. Kita nak kurus sebab apa ? Sebab kita suka feeling badan rasa fit, bertenaga, buat semua benda rasa cergas kan ? Sebab tu kita semangat jaga makan.

Ada orang semangat amalkan gaya hidup yang sihat sebab taknak menghidapi penyakit macam kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti dan banyak lagi. Sebab mereka sayang diri mereka.

Ada jugak yang semangat amalkan healthy lifestyle sebab mereka adalah ibu yang akan jadi role model kepada family mereka. Bila ibu amalkan gaya hidup sihat, kebaikan itu tak terhenti dekat ibunya sahaja. Akan berpanjangan kepada suami, anak-anak dan generasi akan datang . Satu family akan amalkan gaya hidup sihat. Makan terlahirlah family yang cergas, anak-anak yang pintar dan happy.

Ada jugak yang semangat amalkan healthy lifestyle sebab dah pernah merasai kesengsaraan bila badan tak sihat. Contohnya pernah alami obesiti dan badan rasa sangat tak larat. Banyak kerja harian terganggu. Jadi, mereka DECIDE untuk UBAH gaua hidup ke arah lebih sihat sebab dah tak sanggup merasai kepenatan bila berat badan berlebihan. Jadi mereka mula amalkan gaya hidup sihat.

Lain orang lain reason dia nak amalkan gaya hidup sihat. Anda pula sebab apa ? :)

Quote tentang Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss

Self Love In Weight Loss


Jaga makan, jaga kesihatan sebab kita SAYANG diri kite. Takde siapa yang boleh buat benda tu melainkan kita sendiri. Let's love ourselves more by taking care what we eat, what we think, how we treat our body.

Much love from me, Coach Nadiah :)

==============================================================================

Follow me at INSTAGRAM for more update !


Baca lagi :


===================================================================================




Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer Team SuriKurus

Harini saya nak share Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer  daripada Team SuriKurus.


Ada yang tanya : " Beranak czer lagi susah turun berat kan ?"

Dalam SuriKurus takde pulak yang susah turun berat. Sama je senang nak turun macam orang bersalin normal. Harini saya nak share stories SuriKurus yang beranak czer je. 

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer  #1 :

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer Herbalife Team SuriKurus

" Akak czer anak ke 3 (2010 ). Lain semua normal. Lepas czer anak ke 3 tu perut memang teruk flabby dan berbonggol sampailah lepas anak ke 4 pun perut buncit sampai tak boleh bincang. Lepas join SuriKurus,baru settle masalah perut ni. Sebenarnya tak kesahlah bersalin normal atau czer. Kalau post bersalin tak betul konsep jaga makan, memang tak kurus la gamaknya"

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer  #2 :

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer Herbalife Team SuriKurus

Namanya Kak Saidah, dah turun 21 Kg bersama Herbalife Team SuriKurus.

"Sekarang dah turun 21 kg, mak anak 3, 3 x bersalin czer,kulit tak menggeleber. Sebulan pertama join Program Kurus 30 Hari Herbalife Team SuriKurus, turun dekat 8 kg, 2 bulan lepastu 15 kg, pastu slow-slow sampailah sekarang ni 21 kg... Dah setahun lebih maintain ideal weight ".

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer  #3 :

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer Herbalife Team SuriKurus
" Sama je macam orang lain. Hahaha struggle for 3 years. Now baru nak merasa bahagia penurunan. Perut is still there but I just take it one step at a time. Exercising helps a lot for my selfesteem and results. "

Akak ni dah turun 19 kg 4 months after birth. 3 kali czer. 3rd time with SuriKurus.

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer  #4 :

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer Herbalife Team SuriKurus

 Kurusnyaaaaaaaaa. Nampak tak beza ? Ini adalah salah seorang ahli Team SuriKurus. Kurus Selepas Bersalin Czer jugak. Dah turun 21 kg.

===============================================================================

Testimoni Kurus Selepas Bersalin Czer  kat atas tadi adalah daripada Team SuriKurus. Mereka menyertai Program Kurus 30 Hari. Sebenarnya tak kisahlah bersalin normal atau czer, anda TETAP BOLEH KURUS jika tahu pola pemakanan yang betul. Semua itu anda akan belajar dalam SuriKurus Online Coaching.
Konsep yang saya  terapkan dalam Program Kurus 30 Hari adalah nutrisi seimbang. 

Apa yang saya boleh katakan, PASTI KURUS jika anda sertai Program Kurus 30 Hari dengan syarat 100% ikut guidelines yang diberI nanti :)

Sekiranya anda masih menyusu bayi, tak perlu risau. Anda akan dapat meal plan khas untuk ibu menyusu. Anda tetap boleh kurus tanpa risau susu drop, berlapar, badan lemah. Sebab meal plan itu saya akan kirakan secara PERSONALIZED based on anda punya berat, umur, tinggi dan lifestyle.

Program Kurus 30 Hari Team SuriKurus ni memang di design untuk wanita turun berat badan dengan MUDAH. No excuse diet program sebab tak kisahlah apa keadaan anda, TETAP BOLEH KURUS :)

Info lanjut Program Turun Berat Badan  : KLIK 


Berminat sertai Program Turun Berat badan  ?

Wassap Coach Nadiah

011 1147 5950

011 1147 5950

011 1147 5950

Follow INSTAGRAM saya for more update !












Isnin, 9 September 2019

Program Kurus 30 Hari TeamSuriKurus

Harini saya nak share story dari peserta Program Kurus 30 Hari  #TeamSuriKurus.


Haritu saya dapat wassap dari salah seorang coachees saya. Happy sangat saya baca dia punya progress lepas join Program Kurus 30 Hari #TeamSuriKurus. Ini kisahnya :

*HASIL TIDAK TIPIKAL. HASIL SETIAP INDIVIDU BERBEZA-BEZA*


Saya mestilah happy bila coachee dapat progress macam ni ! Turun 6 kg dalam 30 Hari bersama is great achievement tau ! tapi saya nak buat disclaimer. Hasil setiap individu adalah berbeza-beza. Depends pada usaha dan respon badan jugak.

Bila kite fokus on BALANCE NUTRITION on daily basis, turun berat badan rasa mudah dan bahagia je. Also women needs someone to tell them,they have done their best. And their best is enough. Turun 6 kg in 30 days is very awesome dear. On average, coachee boleh turun 3-7 kg sebulan. Depends kepada respon badan dan usaha. Keep going, ladies ! Focus on any kgs you wish to lose.

Apakah itu Program Kurus 30 Hari  TeamSurikurus ?

Program Kurus 30 Hari adalah program yang membantu wanita turun berat badan 3-7 Kg sebulan. Program Kurus 30 Hari  TeamSuriKurus ini adalah program kurus dengan NUTRISI SEIMBANG. Anda akan kurus tanpa berlapar sebab akan dapat Personalize Meal Plan makan 5 kali sehari. 

Berkenaan Program Kurus 30 Hari  TeamSuriKurus :

Anda akan dapat -

1. Turun 3-7 Kg sebulan.

2. Meal Plan MUDAH untuk kurus.

3. Coaching group yang supportive.

4. Kelas ONLINE kurus.

5. Food Diary Checking.

6. 100% ONLINE & EFFECTIVE

7. 100% PASTI KURUS jika ikut guidelines.

Lagi testimoni Program Kurus 30 Hari  TeamSuriKurus :


Turun 7 kg dalam bersama Program Kurus 30 Hari  TeamSuriKurus.

hasil setiap individu adalah berbeza-beza. Depends pada respon badan dan usaha :)

Berminat untuk sertai Program Kurus 30 Hari  TeamSuriKurus ?


Wassap 011 1147 5950

Wassap 011 1147 5950

Wassap 011 1147 5950


Sekarang TeamSuriKurus sedang adakan kempen Kurus Sebelum 2020. 
Sesiapa yang NAK SANGAT turun 15-25 Kg sebelum 2020, sempat lagi ni ! Anything is possible.

WASSAP COACH NADIAH :

Wassap 011 1147 5950 

Wassap 011 1147 5950 

Wassap 011 1147 5950 

VISIT me at INSTAGRAM :


==============================================================================

Baca lagi :

PROGRAM TURUN BERAT BADAN  :


PRODUK HERBALIFE :


TESTIMONI PENGGUNA HERBALIFE TERKINI TEAMSURIKURUS