Khamis, 22 September 2016

Mas Bro Village Melaka

Assalamualaikum :) harini ak nak share tempat menarik kat Melaka yang uols boleh pergi dengan minimum budget. Namanya Mas Bro Village  kat Paya Rumput, Melaka. Mana yang tak tau, boleh waze.

Ini percutian adhock yang abang ak buat sebab dia nak release tension lepas penat bekerja. Maka jadilah percutian mengejut kami sekeluarga tapi menyeronokkan masha'Allah.

Harga satu malam kat Mas Bro Village Melaka ni rm 280 * harga terkini tertakluk kepada admin Mas Bro Village Melaka. Kiranya berbaloi lah, tak mahal sangat pun. Harga mampu milik gitu.

Ha, ini ruangan dalam rumah Mas Bro Vilage Melaka :

Tangga dia serius tinggi dan perlu berhati hati nak naik. Orang yang ada masalah lutut , anak - anak kecik, ibu mengandung dan orang gayat mungkin agak challenging nak naik tangga ni. Tapi no problem, boleh bentang toto kat ruang tamu bawah. Takyah la tidur kat atas hehe.

Ini bahagian atas. Memang kemas dan simple je. Siap ada toilet lagi. Bantal dan tilam memang empuk la, kitaorang siap mengigau lagi masa tidur malam tu hahaha* penat punya pasal.

Okei, ini pulak pemandangan dari luar rumah :

Haaaa, ini pemandangan lepas subuh. Cantik en ? Ak pun terpegun masha'Allah.

*this product is not intended to diagnose or cure any disease.
Walaupun ak travel, produk Herbalife tetap ak bawak ke mana-mana. Packaging dia memang sangat friendly untuk orang yang nak travel. Oh ya, saya ni Coach Herbalife ye. Jika ada nak kurus, boleh tanya saya :) *sempat promote lagitu.

Untuk makan pulak, memang pihak Mas Bro Village Melaka takde sediakan tapi boleh cari banyak kedai makan kat sekeliling tempat ni. Malam tu kitaorang makan restoran seafood kat Kedai Sahabat. Lauk dia memang sedap, highly recommended to go there :D

Jadinya, sis bagi 4 bintang untuk percutian kat Mas Bro Village Melaka ni. Hehehhe. Memang sesuai untuk orang yang nak release tension dan tak sesuai langsung untuk orang yang suka aktiviti lasak sebab ruang tanah agak terhad. Ak suka sangat sebab time ni la semua family berkumpul, berborak bawah satu bumbung, solat dan mengaji sama-sama. I totally rasa bersyukur during that moment. Masa tu ak rasa tenang giler  dan bersemangat nak renew goal bila dikelilingi orang yang ak sayang. Hahahha, pergi bercuti pun siap bawak buku follow up tau. Iyelah, iols kan buat online coaching to my coachee :D

So, nak rasa percutian ala ala Melbourne, boleh la ke sini. Cuma nak bagitau cuaca agak panas antara 12 tga hari ke 4.30 ptg. Lepastu cuaca dah oke sangat sampai ke pagi. Go and experience yourself k :)

Sekian sharing tentang percutian menarik kat Melaka. Moh ramai ramai ke Mas Bro Village Melaka :D

========================================================================

Baca lagi : 

Program Kurus Herbalife 


========================================================================

BERMINAT SERTAI PROGRAM KURUS HERBALIFE ?

Whatsapp 011 1147 5950

I'm Herbalife Malaysia Coach :)


Facebook : Nurul Nadiah Mahamood
Instagram : coach_nadiahmahamood   
tempat menarik di Melaka
Tempat menarik di Melaka
Tempat menarik di Melaka 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan